PART 6

941 89 12
                                    

Selesai sahaja makan malam, Mingyu terus masuk kedalam bilik. Dibiarkan isterinya bersama omma dan appa dibawah menonton televisyen.

"Tak naik sekali ke Young Hee?" Tanya appa.

Young Hee melihat kearah jam sebelum menggeleng.

"Nanti lah sekejap. Young Hee nak tengok drama ni."

"Apa kamu ni biarkan suami sorang- sorang dalam bilik." Alat kawalan jauh ditanggannya dirampas omma.

Young Hee sudah mencebik.

"Alah omma."

"Naik atas. Kesian suami kamu tu. Mana tahu dia penat tunggu kamu minta urut ke kan." Appa memberi alasan.

Young Hee mengeluh. Akur juga dengan arahan omma dan appa.

Dengan langkah yang berat, dia menuju ketangga.

Terdengar gelakan halus omma dan appanya. Apabila ditoleh kebelakang, mereka mula serius memandang kearah televisyen.

"Hmm." Terus Young Hee lajukan langkah masuk kedalam bilik.

Mingyu menoleh saat pintu bilik dibuka.

"Awal masuk." Tegur Mingyu. Telefon bimbitnya dimatikan lalu diletakkan ketepi. Hampir 20 minit juga dia menunggu isterinya. Nasiblah masuk awal, kalau tak dia kebosanan lah dibuatnya.

"Omma appa halau." Ujar Young Hee. Dia terus duduk bersebelahan Mingyu diatas katil.

"Awak penat ke?" Tanya Young Hee. Bukan dia tak perasan wajah Mingyu yang masih kepenatan gara- gara memandu selama 3 jam.

"Penat lah juga. Kenapa? Kau nak tolong urutkan?" Mingyu memandang isterinya. Melihatkan isterinya sedang duduk dengan selesa fahamlah gadis itu mahu mengurutnya.

Young Hee mula mengurut Mingyu dengan perlahan- lahan.

"Nanti aku bagi upah eh." Ujar Mingyu apabila merasa ringan sahaja badannya apabila diurut isterinya.

"Upah? Apa dia?" Bersinar terus mata Young Hee mendengar perkataan upah.

"Kejap lagi. Kau tunggu je." Mingyu sudah tersenyum nakal.

Young Hee berlagak seperti biasa. Masih teruja ingin tahu upah apa yang bakal diberi suaminya. Tangannya mula laju mengurut Mingyu sehingga lelaki itu memintanya berhenti mengurut.



[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now