"Awak, hujung minggu ni free tak?" Tanya Young Hee kepada suaminya yang sedang menonton televisyen.
"Kenapa?" Mingyu tidak menjawab soalan isterinya malah disoalnya balik.
"Saya rindu omma. Jom balik rumah family saya nak tak?" Bibirnya dicemikkan meminta Mingyu memenuhi permintaan dia yang satu ini.
"Okay boleh. Khamis ni lepas aku balik kerja boleh? Kita tidur sana 3 hari."
Bersinar- sinar mata Young Hee mendengarnya.
"Okay boleh." Young Hee mengangguk menerima cadangan suaminya. Dia tahu Mingyu terlalu sibuk menguruskan kerjanya. Cuti kahwin pun lelaki itu hanya cuti 4 hari sahaja sebelum memulakan kerja seperti biasa. Dia? Awal- awal lagi dah minta cuti dua minggu kepada majikannya. Nasib lah ada ramai pekerja di cafe yang dia sedang bekerja.
"Thank you awak." Pipi Mingyu diciumnya laju sebelum dia berlari ke tangga.
"Nak pergi mana tu sayang?" Tanya Mingyu yang melihat isterinya tergesa- gesa.
"Nak sambung baca novel." Young Hee tersenyum dengan barisan giginya ditayangkan.
Mingyu berdecit. Dah dapat apa dia nak terus ditinggalkan. Aduhai, bini.
Minuman yang telah dibancuh isterinya dihirup perlahan sebelum dia kembali menumpukan perhatian pada rancangan televisyen yang sedang ditayangkan.
Young Hee menutup pintu bilik rapat. Telefonnya yang berada di hujung meja lampu dicapai lalu nombor seseorang didail.
"Omma, jangan lupa masak sedap- sedap khamis malam ni. Young Hee dengan Gyu balik rumah." Ujar gadis itu teruja.
Omma dari dalam talian sudah tersenyum mendengar khabar yang anaknya ingin pulang kerumah.
"Jangan lupa tau omma."
"Ye, omma tahu."
Young Hee tersenyum gembira.
"I miss you omma appa"
✨
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...