PART 33

699 54 2
                                    

Young Hee tergelak mendengar segala cerita yang disampaikan lelaki itu. Ada sahaja lawaknya.

"Habistu parents dia buat apa?"

"Parents dia minta maaf lah dengan saya. Dia kata malu sebab buat saya macam ni. Ye lah saya pun kena lah juga jaga imej saya. Malu kot bila dia melamar saya depan orang ramai padahal baru 12 tahun budak tu." Rowoon menceritakan segala kisahnya kepada Young Hee. Mahu diingat balik kisah itu, buat dia tergelak sehari.

Young Hee tergelak lagi.

"Sekarang ni dia macam mana?"

"Dah jadi orang dah. Dah besar dah dia, last jumpa haritu dating dengan boyfriend dia tau."

"Wow."

"Biasalah perempuan cantik."

"Ye ke? Ada gambar dia tak?"

Rowoon terus membuka telefonnya mencari gambar dia bersama gadis itu.

"Not bad." Puji Young Hee. Sangat lawa. Tambah lagi dengan ketinggian tubuh badan dia, memang menjadi semua idaman lelaki.

"Kenapa tak try?"

Menjeling Rowoon mendengarnya.

"Jarak jauh sangat lah. 7 tahun. Lagipun saya dah anggap family dia tu macam family angkat saya dekat sana."

Young Hee terangguk- angguk.

"Habistu yang sekarang ni?"

Rowoon terus memandang wajah Young Hee.

"Dia?" Tanya Rowoon inginkan kepastian.

"Ya dia. Macam mana?"

Rowoon mengeluh apabila disoal masalah seperti ini.

"Ada salah faham sikit."

"Kenapa? Bukan awak dengan dia..." Young Hee terus menjadi ingin tahu. Sejak dia mendapat tahu tentang hubungan Rowoon, dia terlalu gembira sangat dan berharap hubungan itu akan menjadi.

"Entahlah Young Hee, dia ingat saya rapat dengan dia sebab nak kan awak."

"Kenapa boleh jadi macam tu?" Berkerut dahi Young Hee. Keningnya digaru.

"Sekarangkan kita asyik together je, mungkin sebab tu dia dah mula salah faham." Rowoon tersenyum hambar.

"Tak apa, nanti saya settlekan tentang tu tapi..."

"Young Hee!" Tersentak Young Hee dan Rowoon mendengar jeritan seseorang.

Mereka terus memandang kearah empunya suara. Terkedu mereka melihat lelaki yang betul- betul ada dihadapan itu.

"Gyu.. Bila awak sampai? Err.. Sa.. Saya boleh jelaskan."

Mingyu menikam anak mata isterinya.

"Kau memang buat aku hilang sabar Young Hee. Dan kau..." Mingyu memandang Rowoon tidak puas hati.

"Kau memang tak guna!" Terteleng wajah Rowoon setelah ditampar Mingyu.

"Gyu!"

"Kau masuk dalam kereta Young Hee." Tegas suara Mingyu memberi arahan.

"Masalah kau dengan aku tak settle lagi." Mingyu mengingatkan Rowoon sebelum dia kembali masuk kedalam kereta.

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now