Hari ini, Mingyu ikutkan sahaja kehendak isterinya. Young Hee sudahpun menempah jurugambar untuk mengambil gambarnya yang sedang mengandung.
"Gyu cepatlah." Gesa Young Hee melihat Mingyu masih mendandan rambutnya di cermin kereta.
Mengeluh dia dibuatnya dengan perangai Young Hee. Sudahlah tunggu masa sahaja untuk bersalin. Sempat lagi dia tempah jurugambar semua. Katanya nak buat kenangan. Nak bagi baby tengok bila dah besar nanti.
Mingyu tutup pintu kereta. Tangan isteri dipimpin menuju ketempat yang ditunggu jurugambar.
Jurugambar yang ditempah Young Hee merupakan rakan sekelasnya dahulu.
"Mengandung pun lawa kau Young Hee." Puji Mirae ikhlas. Kameranya sudah disediakan. Tinggal tunggu pasangan bakal mummy dan daddy sahaja.
Young Hee tersenyum malu.
"Okay ready ya. Gyu jangan halang cahaya." Ujar Mirae.
Mingyu terus membetulkan posisi yang disuruh. Punya susahlah dia mahu memeluk tubuh isterinya.
"Okay nice. One two three!" Gambar mereka ditangkap. Mirae tersenyum melihat hasil kerjanya.
Bagi dia, mudah sahaja bekerja dengan Young Hee. Langsung tidak banyak kerenah. Puas mengambil gambar, kalini mereka disuruh membuat gaya bebas.
"Free style tau. Tak kisah Gyu nak buat macam mana. Young Hee nak buat macam mana. Asalkan tak halang baju baby dengan kasut baby yang tergantung dekat belakang tu." Ujar Mirae.
Mingyu dan Young Hee mengangguk. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum tergelak. Bukan main susah Mingyu mahu bergambar dihadapan kamera.
"Awak peluk saya dari belakang lepastu buat love depan perut." Ujar Young Hee. Mingyu menurut. Ikutkan sahaja kehendek isterinya.
Banyak juga gambar mereka ditangkap. Gambar Mingyu dan Young Hee bersendirian pun ada. Buat kenangan hingga ke hari tua.
"Thank you Mirae. Nanti gambar dah siap bagitahu ya."
"Most welcome. Dah lepasni kau duduk je rumah. Jangan nak merayap mana- mana. Nanti tak pasal- pasal bersalin tengah jalan pula." Usik Mirae.
Young Hee tergelak.
"Nanti baby dah lahir jemputlah tengok ya." Ajakan Young Hee mendapat anggukan dari Mirae.
"Mestilah aku datang. Aku nak ambil gambar baby."
Bersinar- sinar mata Young Hee dibuatnya.
"Free of charge sahaja."
"Auwww thank you. Kau pun sama tau jangan lasak lasak sangat. Baru lagi je ni kan." Mirae tersenyum lalu mengangguk.
Mirae juga baru masuk 2 bulan usia kandungannya.
"Aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi." Mereka bersalam dan berpelukan sebelum pulang.
Young Hee terus masuk kedalam kereta. Mingyu sudah menunggunya didalam.
"Bual apa lagi tu?" Soal Mingyu penat. Pakaiannya tadi pun sudah ditukar kepada tshirt biasa.
"Pasal baby. Mirae nak ambil gambar baby lepas lahir nanti."
"Lah pulak? Penat lah baby nanti."
"Alah free of charge je Gyu. Awak tak payah keluar duit pun." Young Hee memujuk.
Mingyu menjeling mendengarnya.
"Tak kisahlah. Asalkan kau dan baby baik- baik je."
Young Hee tersenyum. Mingyu dah bagi green light. Tak sabarnya dia mahu menunggu kelahiran anaknya ini.
✨
Malas sebenarnya nak update hihihi😂 Tapi kita tetap gagahkan jari jemari kita ni menaip😜
Next, inshaa Allah petang atau malam. Rasanya ff kalini tak lebih 50 part i think. Sebab nak terus buat ff utk Rowoon pula setelah lama dia menyepi🙈 tk nk bgi hint sngt. Tkut kantoii sudah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...