PART 41

1K 55 10
                                    

Seminggu berlalu, suaminya sentiasa berada disampingnya. Sedang dia melayan cerita yang sedang ditayangkan, Mingyu datang dengan membawa segelas susu bersamanya.

"Nah minum. Habiskan." Gelas yang terisi susu itu sudah bertukar tangan. Young Hee memandang lama gelas itu. Sejak- sejak ini, dia terasa muak pula minum susu setiap hari. Tetapi melihat muka Mingyu yang tegas memandangnya, terpaksa dia meneguk rakus.

"Tak boleh ke kurangkan." Pinta Young Hee. Bibirnya dicemikkan.

"No. Habiskan juga depan aku. Sampai bila nak muak je." Tegas Mingyu memberi arahan.

Demi anak dan dirinya, dia memejamkan rapat matanya. Perlahan- lahan dia minum dengan rakusnya.

"Dah." Dengan payah dia menelan semuanya. Gelas yang sudah kosong diserahkan kepada Mingyu.

"Okay good." Mingyu terus mencapai alat kawalan jauh yang berada disebelahnya. Butang tutup ditekan.

Membulat mata Young Hee dibuatnya. Sudah lah dia tidak habis tengok lagi Mingyu sudah tutup.

"Dah tidur. Baby pun nak rehat juga." Mingyu meletakkan gelas kedapur.

Dia kembali kehadapan. Young Hee masih diam tidak mahu bangun. Tanpa teragak- agak terus dia mencempung tubuh isterinya itu.

"Gyu." Terkejut Young Hee dibuatnya. Serta merta tangannya merangkul leher suaminya.

"Lambat sangat nak bangun.." Mingyu menjeling. Hati- hati dia meletakkan tubuh isterinya diatas katil. Selimut ditarik menutup separuh tubuh isterinya.

"Tidur sayang. Esok kita pergi makan aiskrim. Banyak mana pun aku tak kisah." Bersinar- sinar Young Hee mendengarnya. Dia ingatkan Mingyu taknak melayan dia petang tadi sampai permintaannya langsung tidak dipenuhi suaminya itu.

"Betul ke?"

Mingyu mengangguk. Dahi isterinya dicium lama.

"Nanti aku masuk bilik semula. Aku nak siapkan kerja sekejap." Young Hee mengangguk. Matanya dipejamkan rapat.

Seusai sahaja melihat Young Hee tidur lena dengan cepat, Mingyu terus ke bilik kerjanya. Ada kerja yang perlu dia selesaikan sebelum dia mengambil cuti lama untuk menjaga isterinya yang bakal bersalin lebih kurang 2 bulan lagi.


Next kita tengok permintaan Young Hee sebelum dia bersalin..

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now