PART 21

729 57 16
                                    

Mingyu membuka perlahan pintu bilik tidurnya. Dari petang tadi isterinya berselubung didalam selimut. Bila dia cuba betulkan selimut pantas isterinya itu menahan.

"Sayang.." Mingyu menghampiri. Badan isterinya ditepuk perlahan.

"Emm."

"Makan jom." Ajaknya.

"Tak nak." Dapat dia dengar dengan jelas suara Young Hee bergetar. Gadisnya itu baru sahaja lepas menangis.

"Jangan lah macam ni. Kesian dekat aku. Tak ada siapa nak teman
makan." Selimut yang menutup tubuh isterinya cuba ditarik.

"Awak pergi lah makan sorang- sorang. Saya tak nak!" Ditarik balik selimutnya.

Mingyu mengeluh dibuatnya.

"Okaylah, biar aku makan sorang- sorang. Aku habiskan makanan seafood kau tau." Mingyu bangun dari katil.

Baru sahaja dia ingin beredar, lengannya ditahan.

"Hm kenapa?" Tanya Mingyu merajuk. Langsung tidak dipanjang wajah si isteri.

"Nak juga." Mingyu sembunyi senyum.

Hanya kemudian, terus lengannya dipeluk manja. Terus dibawa isterinya turun ke bawah.

"Nah makan." Mingyu meletakkan pinggan dihadapan isterinya.

"Nak nasi tak?"

Laju Young Hee menggeleng.

"Nak makan ni je." Terus diambil beberapa ekor udang dihadapannya.

"Hm yelah. Makan sampai puas." Mingyu juga turut sama menikmati makanan seafood yang baru dibelinya tadi. Tidak sampai hati melihat si isteri hanya terkurung didalam bilik tidak membuat apa. Jadi dia sendiri pergi membeli sementara Young Hee dirumah sedang tidur.

"Gyu." Young Hee memanggil perlahan.

"Kenapa? Nak nasi?"

"Tak."

"Habistu?" Mingyu bertanya. Dia menanti.

"Pasal tadi. Saya nampak awak..."

"Aku tahu." Potong Mingyu.

"Awak marahkan saya ke?"

"Kau rasa?" Keningnya dinaikkan sebelah.

"Awak marah."

"Tahu pun. Dah tahu aku akan marah kenapa tak nak bagitahu aku terus. Kau tahukan aku tak suka pendam- pendam macam ni."

"Tahu. Tapi awak janganlah marah saya lagi. Saya dah cuba elak dah jumpa dengan dia." Jujur Young Hee.

"Hm bagus. Jangan dekat dengan dia lagi." Mingyu memberi amaran.

"Okay." Akur Young Hee.

"Dah sambung makan. Aku tak nak dengar lagi pasal dia." Young Hee mengangguk. Disuapkan lagi makanan kedalam mulutnya.


Marah-ii pun tetap nak manja juga 🙈😚

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now