Mingyu hairan. Isterinya langsung tidak menegurnya sejak dia mengambil gadis itu dari kerja.
"Sayang.." Mingyu melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan si isteri.
"Sayang, aku panggil ni." Nada Mingyu menjadi kuat.
Young Hee mendengus.
"Nak apa? Kacau je lah orang nak tengok tv." Young Hee pantas menolak Mingyu menghampirinya.
"Aku tak tahu apa masalah kau sekarang ni sampai kau tak nak tegur aku langsung." Ujar lelaki itu tidak puas hati.
"Masalah saya pula? Masalah awak lah. Awak ingat saya tak tahu awak buat apa belakang saya. Depan saya punya lah sayang saya je, belakang saya bersayang dengan perempuan lain."
Mencerlung mata Mingyu mendengarnya. Sejak bila dia dengan perempuan lain pun dia tidak tahu, seharian dia di pejabat sampai tidak dapat keluar kerana kerja terlalu banyak.
"Sayang.. Kau tahukan aku tak pernah.... " Tersentak Mingyu apabila kata- katanya dipotong.
"Stop Gyu. Awak memang jahat! Saya benci awak." Mata Young Hee sudah berair.
"Sayang.." Tangannya isterinya dicapai tapi cepat ditepis.
Young Hee terus berlari kedapur. Mingyu mengeluh melihatnya. Dia sendiri tidak tahu apa yang dah jadi. Jujur, hanya Young Hee satu- satunya gadis yang dia cintai selamanya.
Mingyu terus bangun lalu masuk kedalam bilik. Dibiarkan Young Hee sendirian menenangkan dirinya.
Mingyu merebahkan badannya diatas tilam. Penat kerja pun belum hilang lagi. Ingatkan bila balik kerja dapatlah bermanja dengan isteri tetapi lain pula yang jadi.
Tiba- tiba lampu tertutup. Tersentak Mingyu dibuatnya.
"Sayang.."
Mingyu turun dari katil. Dia terus turun ke bawah.
"Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to my husband, happy birthday to you."
Tergamam Mingyu buat seketika. Langsung tidak sangka dengan kejutan yang diberikan. Turun sahaja dia dari tangga, Young Hee sudah ada dihadapannya dengan sebiji kek ditangan.
"Sayang..." Tidak mampu Mingyu untuk jelaskan perasaan yang dia rasakan saat ini.
"Tiup dulu."Arah Young Hee dengan senyumannya dibibir.
Mingyu tersenyum lalu meniup lilin yang berada diatas kek.
"Happy birthday sayang. I love you." Ucap Young Hee ikhlas sebelum dicium sekilas bibir suaminya.
Young Hee meletakkan kek di atas meja kembali.
Tubuhnya dibawa rapat kepada Mingyu.
"Masalah awak tak settle eh sayang." Bisik Mingyu mengingatkan tentang apa yang isterinya lakukan pada dirinya tadi.
Young Hee menelan liurnya kasar.
"Hehe sorry lah. Itu je idea yang saya ada nak buat awak naik bilik."
Mingyu mencubit hidung Young Hee geram.
"Siap kau malam ni."
Young Hee ketawa terkekeh- kekeh.
"Tak takut pun." Young Hee menjelirkan lidahnya.
"Ouh tak takut eh." Mingyu menghampiri. Terus isterinya berlari naik keatas.
"Gyu janganlah, makan lah kek dulu. Saya mengidam ni." Young Hee sudah mencebik apabila tubuhnya terus dikepung Mingyu.
"Kata tak takut..."
Young Hee tersengih.
"Kita makan dulu eh. Lapar ni. Baby pun lapar." Tubuh Mingyu ditolak. Terus dia tarik tangan Mingyu untuk turun kebawah kembali.
Mingyu tersengih. Tahu pun takut.
✨
HAPPY BIRTHDAY KIM MINGYU🎉🎂
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfictie✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...