Mingyu memerhati belakang tubuh isterinya yang sedang duduk di meja solek. Dia tahu Young Hee masih berasa janggal dan malu bila berada didalam bilik berdua- duaan.
Mingyu menghampiri isterinya. Getah rambut yang sedang dipegang isterinya diambil lalu diletakkan diatas meja.
"Gyu."
Young Hee menelan liurnya kasar. Aduhai Gyu, dah lah dengan tak pakai baju. Hanya berseluar pendek sahaja. Meremang dia dibuatnya.
Mingyu merehatkan kepalanya dibahu isterinya.
Young Hee diam sebelum Mingyu yang sendiri mengalihkan kepalanya dari bahunya.
"Kenapa?" Tanya Young Hee malu kearah Mingyu yang sedang merenungnya dari cermin meja solek.
"Wangi."
Young Hee mengetap bibir. Matanya dipejamkan rapat. Tidak sanggup melihat renungan mata yang cukup menggoda itu.
Getah rambut yang diletakkan Mingyu tadi dicapai tetapi cepat dihalang lelaki itu.
"Tak payah ikat rambut, biarkan je lepas." Ujar Mingyu.
Young Hee terus memandang wajah Mingyu pelik.
"Tapi... Saya rimas."
"Lepas selesai kerja kita kau ikat lah balik rambut tu." Ujar Mingyu memberi arahan.
Young Hee sudah mula membayangkan perkara yang dia tidak ingin berlaku. Tetapi siapa lah dia untuk menolak keinginan suaminya itu.
Tiba- tiba pinggangnya dipeluk. Young Hee tersentak. Kepalanya mendongak memandang wajah kacak suaminya itu.
"Kau tahu kan apa yang aku nak.."
Pertanyaan Mingyu mendapatkan anggukan dari Young Hee. Malu.
"Jadi kau sudi tak?"
Young Hee sudah mula berfikir untuk memberi jawapan. Aduhai, kenapa masa macam ni degupan jantungnya terlalu laju membuat rentak di dalam.
"Kalau saya kata tak sudi?" Young Hee memberanikan diri bertanya. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan lelaki itu.
"Kalau kau tak sudi.." Wajah dia kian mendekat.
"Kau tetap akan jadi milik aku juga." Terus tubuhnya dicempung lalu diletakkan diatas katil dengan perlahan.
Mingyu sudah tersenyum nakal melihat wajah isterinya.
"I love you sayang." Dan sekelip mata keadaan bilik menjadi gelap.
✨
🙈🙈🙈
Jumpa di next part😂
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfic✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...