Young Hee mengusap perutnya yang sudah membesar. Kandungan yang sudah hampir masuk enam bulan itu semakin aktif setiap hari. Terasa senak dia dibuatnya.
"Sayang, behave sikit dalam ni ya. Omma penat." Ujarnya perlahan. Suasana rumah dipandangnya sepi.
Sudah seminggu Mingyu tiada kerana perlu menghadiri seminar di China sebulan. Jadi terpaksa lah dia duduk seorang diri memandangkan dia sendiri bertegas tidak mahu balik rumah keluarganya mahupun keluarga mertuanya.
"Sekejap ya, kita call aunty Yeon." Telefonnya ditepi dicapai. Nombor telefon Nayeon didail.
"Yeon.." Nama gadis itu dipanggil apabila panggilan diterima.
"Ya Young Hee, kenapa? Okay ke?" Suara Nayeon berubah risau.
Young Hee tersengih.
"Tak ada lah, aku okay ni." Jawab Young Hee.
"Oh, kau nak apa ni call aku? Nak minta teman keluar ke?"
"Emm, boleh ke? Aku lately ni mengidam lah nak makan burger. Kau boleh bawa aku tak pergi makan. Aku nak bawa kereta sendiri, Gyu memang tak bagi." Ujar Young Hee.
"Tapi Yeon.. Sebenarnya aku.." Nayeon diam. Young Hee menanti.
"Kenapa Yeon?"
"Err tak apa lah. Tengahari ni aku jemput kau dekat rumah okay." Suara Nayeon bertukar gelabah.
"Okay. Thank you Yeon." Ucap Young Hee berterima kasih.
"Most welcome. Em aku matikan dulu. Ada orang nak jumpa ni, bye..."
Tettt..
Tidak sempat Young Hee ingin membalas, panggilannya dimatikan.
Young Hee memandang pelik. Dari suara Nayeon, dia dapat rasakan yang gadis itu menyimpan sesuatu daripada dia.
Young Hee menggeleng. Malas mahu berfikir jauh. Ada baiknya dia rehatkan diri dan fikirannya.
"Anak omma duduk diam- diam sekejap ya. Omma nak rehat." Young Hee memejamkan matanya perlahan. Dia ingin rehat yang secukupnya sebelum tengahari nanti keluar bersama Nayeon.
✨
Boleh agak tak apa jadi dengan Nayeon sebenarnya. Hint dia dekat part lepas😚
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...