PART 30

726 54 9
                                    

Terkejut Nayeon membaca pesanan yang baru dikirimkan Young Hee sebentar tadi. Gadis itu dalam perjalanan ke cafe.

"Alamak macam mana ni." Gelabah Nayeon dibuatnya.

"Kenapa?" Soal Rowoon.

Mengeluh Nayeon dibuatnya.

"Balik dulu Woon. Young Hee nak datang."

"Biar jelah dia datang. Tak ada masalah pun kan." Pening kepala Nayeon dibuatnya.

Matanya menghala keluar cafe. Bertambah terkejut dia dibuatnya apabila gadis itu sedang keluar dari sebuah kereta.

"Woon pergilah." Ditolak tubuh Rowoon pergi.

Rowoon akur apabila didesak Nayeon untuk pergi. Langkah diatur meninggalkan gadis itu.

"Young Hee." Nayeon mendapatkan gadis itu yang baru sahaja masuk kedalam cafe.

"Naik siapa datang?"

"Grab car." Jawab Young Hee.

Dia mengambil tempat duduk yang kosong.

"Kau nak pesan apa- apa tak?"

"Macam biasa lah."

Nayeon mengangguk. Dia terus kedapur sebentar menyediakan minuman sejuk untuk Young Hee.

Sambil menunggu Nayeon menyediakan air untuknya, Young Hee berbalas message bersama Mingyu. Dia memberitahu kepada lelaki itu yang dia sudah sampai dengan selamat di cafe. Puas juga dia memujuk lelaki itu supaya membenarkan dia keluar pergi cafe. Dengan keadaan fizikal dia sebegini membuatkan Mingyu ragu- ragu membiarkan dia pergi seorang diri. Lama- kelamaan, Mingyu juga penat dengan pujukan dia, akhirnya suaminya membenarkan dia pergi asalkan dia mengikut syarat yang diberikan suaminya.

"Young Hee." Tegur seseorang.

Young Hee mendongakkan kepalanya memandang empunya suara. Bukan main membulat matanya melihat lelaki dihadapannya itu.

Dia mahu melarikan diri tetapi dia takut Nayeon tercari- carinya.

"Awak nak apa Rowoon?" Tanya Young Hee malas. Lelaki itu sudah mengambil tempat dihadapannya.

"Sihat?" Rowoon tidak menjawab soalan Young Hee malah dia yang bertanya keadaan gadis itu.

"Hmm sihat." Jawab Young Hee tanpa memandang wajah Rowoon.

"Dengar cerita Gyu pergi seminar dekat China. Dah lama ke?"

"Hmm ya. 2 minggu dah dekat sana. 2 minggu lagi baliklah."

Rowoon mengangguk faham. Bukan dia tidak tahu pekerjaan Mingyu yang sering sibuk. Lagi pula Mingyu bekerja di syarikat besar yang memerlukan pekerja yang cemerlang.

"Young Hee." Namanya dipanggil lagi lelaki itu.

"Saya nak minta maaf. Saya tahu awak dan Gyu tak akan maafkan saya tapi saya betul- betul maksudkan. Jujur saya cakap, sepanjang saya dekat sana saya dah belajar lupakan awak. Tolonglah percayakan saya Young Hee. Awak dan Gyu kawan saya. Salah ke kalau kita jadi macam dulu balik?" Rowoon meminta maaf. Dia mahu berkawan seperti dahulu. Dia tidak mahu melihat Young Hee yang sering mengelakkan diri darinya apabila mereka berjumpa.

Young Hee mengeluh mendengarnya. Dia sudah pun berjanji dengan Mingyu dahulu untuk tidak berkawan lagi bersama Rowoon.

"Saya dah lama maafkan awak. Cuma tentang Gyu tu saya tak pasti.. Saya tahu dia mesti sakit hati lagi dengan awak sebab awak pernah..." Young Hee diam. Tidak mampu meneruskan kata- katanya.

"Tak payah cakap, saya faham. Kita lupakan benda yang dah lepas. Tentang Gyu tu tak apa, nanti saya settle kan sendiri. Saya akan jumpa dengan dia. Terima kasih sebab maafkan saya. Saya doakan kebahagian awak dan Gyu." Tutur Rowoon ikhlas.

Young Hee tersenyum nipis mendengarnya. Cukup lah masa lalu mengajar mereka. Kalini, masing- masing ada kehidupan sendiri.

"Awak dah ada someone special ke?" Tanya Young Hee.

Rowoon tergelak halus.

"Ada tu ada. Tapi.."

"Young Hee." Young Hee menoleh ke belakang. Nayeon datang menghampiri mereka dengan minuman untuknya.

"Lama buat air." Tegur Young Hee. Lama juga dia menunggu. Hampir 15 minit.

Rowoon memandang kearah Nayeon. Gadis itu menunduk.

"Err aku siapkan minuman untuk customers lain juga." Nayeon mengetap bibir. Tidak pasal- pasal dia terpaksa membohong. Bukan dia tidak dengar apa yang dibual Young Hee dan Rowoon sebentar tadi.

Young Hee menyedut perlahan minumannya. Haus tekaknya dari tadi.

Nayeon menjengilkan matanya pada Rowoon. Geram juga dia dibuatnya. Ingatkan dah balik, rupanya ada lagi.

"Rowoon, boss panggil." Ujar Nayeon tiba- tiba.

Rowoon memandang Nayeon pelik. Young Hee memandang tanpa perasaan.

"Cepatlah!" Ujar Nayeon tanpa suara. Sekarang, baru Rowoon faham sebenarnya. Terus dia bangun.

"Young Hee, awak duduk dulu ya. Saya pergi jumpa appa sekejap."

Young Hee mengangguk membiarkan lelaki itu pergi buat seketika.

Nayeon juga turut beredar ke dapur.

"Nak apa sayang?"

"Ish jangan panggil macam tu boleh tak. Nanti Young Hee dengar nak jawab apa." Ujar Nayeom geram. Mahu sahaja ditumbuk wajah dihadapannya itu.

"Panggil saya sebab rindu ke? Sampai sanggup tipu Young Hee."

Nayeon mendengus kasar.

"Bukan tadi saya suruh awak balik ke?" Nayeon sudah bercekak pinggang memandang Rowoon tidak puas hati.

"Kan tadi dah janji nak balik sama- sama." Rowoon mengingatkam gadisnya.

Nayeon juga hampir terlupa.

"Awak pergilah duduk dalam bilik staff dulu ke, pergi tolong appa awak ke, lepas Young Hee balik kita baru balik." Ujar Nayeon sebelum berura- ura ingin pergi.

"Okay sayang."

Nayeon menjeling. Terus ditinggalkan Rowoon didapur. Turun naik nafasnya takut hubungan mereka terkantoi.


Part Rowoon dan Nayeon tak boleh lebih- lebih. Kita tunggu next ff okay😚

So Rowoon dan Young Hee dah berbaik, tak lama je lagi ni😜 Mohon bersabar dan siap sediakan pisau semua okay😂

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now