PART 22

744 57 8
                                    

Hari ini Young Hee bekerja seperti biasa. Keadaan kembali seperti biasa. Tiada lagi gangguan daripada Rowoon. Hampir 3 minggu juga lelaki itu tidak datang ke kafe milik ayahnya.

"Young Hee, menung apa tu?" Tegur Nayeon yang baru masuk ke dapur.

Tersentak Young Hee dibuatnya. Kepalanya digelengkan.

"Tak ada apa- apa lah."

Nayeon tersenyum nipis.

"Jom masuk bilik staff sekejap." Tangannya sudah ditarik Nayeon.

"Nak buat apa? Kan ada pelanggan."

"Tak apa, ada budak lain boleh jaga." Ujar Nayeon. Terus mereka masuk kedalam bilik staff.

Young Hee duduk sementara Nayeon mengambil dua air kotak mangga untuk dirinya dan diri sendiri.

"Kenapa Yeon? Ada masalah ke?" Tanya Young Hee.

"Aku pula kau tanya. Patutnya aku tanya kau ada masalah ke. Sejak dua menjak ni kau macam nampak lain." Tegur Nayeon akan perubahan kawannya itu.

"Nothing lah. Aku okay. Biasalah bila pregnant dia punya penat lain macam." Ujar Young Hee. Senyuman diukir.

Nayeon menggeleng.

"Tak payah tipu aku lah Young Hee. Aku tahu kau berselindung. Bagitahu je lah, mana tahu aku boleh tolong kau."

Young Hee mengeluh. Tekaknya yang kering dibasahkan dengan meminum sedikit air mangga.

"Sebenarnya..." Young Hee diam seketika. Tidak apa lah, sekurang- kurangnya bila dia luahkan ringan sikit kepala ni dari memikir lagi.

"Gyu minta aku berhenti kerja."

"Berhenti?" Terkejut Nayeon mendengarnya.

Young Hee mengangguk.

"Sebab apa? Sebab Rowoon?"

Young Hee menggigit bibirnya.

"First memang sebab dia. Second sebab keadaan aku yang mengandung ni. Tapi aku sayang sangat dengan kerja aku. Aku enjoy buat semua ni." Luah Young Hee sebab tidak mahu berhenti kerja.

Sudah seminggu juga Mingyu meningatkannya tentang berhenti kerja ini. Kalau boleh lelaki itu mahu dia berhenti secepatnya kerana dia mampu menanggung keluarga kecilnya ini.

"Aku tahu apa Gyu buat ni yang terbaik untuk diri kau. Tak salah pun kau dengar cakap dia."

"Tapi aku..."

"Dengar je Young Hee. Tak apa, sebelum balik nanti aku teman kau jumpa boss cakap tentang ni."

"Boleh ke?" Tanya Young takut- takut.

"Boleh lah. Nak ditakutkan kenapa pula. Boss tu kenal kau dan Gyu kot." Nayeon menyakinkan Young Hee.

"Hmm okaylah kalau kau dah cakap macam tu."

Nayeon tersenyum nipis. Kena paksa baru boleh. Kalau tak dia tetap dengan pendiriannya.

"Dah aku keluar dulu. Aku tengok kau pun penat sangat. Rehat lah sekejap." Ujar Nayeon sebelum keluar dari bilik staff.

Young Hee mengangguk. Tidak dinafikan lagi, badannya mula rasa sakit membuatkan dia selalu sahaja letih. Hendak membuat kerja yang berat pun dia harus berjaga- jaga.

Young Hee menyandarkan badannya di kerusi. Matanya dipejamkan seketika. Dia mahu rehat sekejap sebelum kembali bekerja.

Sorry guys, lambat update🙏 Saya kena ulang alik pergi hospital sebab tu tak sempat nak update.

Okay ni nak cakap sikit sebab selama ni sis tak perasan langsung ada special chapter Library S1 tu. Sebab dah lama sangat buat sampai lupa. So nak dipendekkan cerita sebab takut ada yang keliru pula lepas ni. Anggap sahaja diorang ni watak yang sama CUMA kehidupan diorang berbeza. Okay boleh tak.. Maaf atas kesilapan🙏

Thank u my dear yang tegur pasal special chap tu. I love u hihihi😚

Malam ni kita cuba update lagii hokay🙆

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now