PART 15

684 64 6
                                    

Young Hee memejamkan matanya. Dia menanti dengan sabar. Alat pengesan hamil itu dilihat takut- takut.

2 garisan.

Langsung tak diduga Young Hee dibuatnya. Tangannya menekup mulut tidak percaya.

Dia fikir ingin mendapatkan kepastian dari doktor. Terus dia bersiap untuk ke klinik memandangkan hari ini dia bercuti.

Lama Young Hee menanti setelah membuat urine test apabila disuruh oleh nurse. Tiba masanya, namanya dipanggil.

"Kim Young Hee."

Young Hee bangun lalu masuk kedalam bilik doktor.

"Macam mana doktor?" Tanya Young Hee inginkan kepastian.

Doktor yang memakai tag nama bernama Park Jiyeon memandang kertas rekodnya lama sebelum tersenyum.

"Positive. Tahniah puan." Ucap Dokter Jiyeon ramah.

Young Hee mengucap syukur. Akhirnya, penantian dia selama ini inginkan anak sendiri termakbul.

"First baby right?" Tanya doktor itu.

Young Hee mengangguk laju.

"Okay puan kena......" Doktor Jiyeon mula bercerita tentang pantang larang sewaktu mengandung. Nasihat- nasihat diberitahu dengan jelas.

"Okay baik doktor. Dah berapa bulan ya?"

"2 bulan."

2 bulan. Maksudnya dah lama baby ada di dalam perutnya. Kenapa dia langsung tak perasan dengan perubahan dirinya? Alahan pun langsung dia tak ada setakat hari ini.

"Puan duduk dekat atas katil tu. Kita scan baby sekejap." Bertambah teruja Young Hee dibuatnya. Dengan berhati- hati dia naik keatas katil yang ditempat didalam bilik doktor itu.

Young Hee menanti. Matanya fokus memandang skrin komputer diatasnya.

"Puan nampak tak tu. Itu baby pun. Masih kecil lagi." Tunjuk Doktor  Jiyeon.

Young Hee mengangguk teruja. Bergenang air matanya melihat.

"Sebab puan masih 2 bulan, baby kecil lagi. Lepasni saya akan set date check up untuk tengok perkembangan baby."

Seketika kemudian dia kembali duduk semula. Doktor Jiyeon memberi sekeping gambar scan baby kepadanya.

"Pastikan apa yang saya pesan puan amalkan ya." Young Hee mengangguk.

"Terima kasih doktor." Young Hee mengucapkan terima kasih sebelum dia keluar dari bilik doktor.

Gambar scan bayinya dipandang.

"Anak mummy." Young Hee tersenyum bahagia. Tidak sabar dia mahu berkongsi berita bahagia ini bersama suaminya juga.


Alhamdulillah, pagi semua🌞 Harini kita update lagi pagi- pagi.

Siapa yang tak sabar nak tengok junior gyu, cer komen sikit😚 👉👈
Jangan risau junior gyu comel- comel je😆

Next update, Inshaa Allah petang atau malam okay.

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now