Mingyu tersedar dari lenanya apabila terasa berat diatas badannya dan dilengannya.
Matanya dibuka besar. Kepalanya didongakkan memandang. Tersenyum dia melihat buah hatinya berada disampingnya.
Mesti Young Hee sendiri yang meletakkan anak- anaknya disampingnya.
Dicium kepala anak lelakinya sebelum mencium kepala anak sulungnya.
"Anak daddy.."
Terus tersedar Miyoung disampingnya.
"Daddy.." Mata kuyu Miyoung memandang kearahnya.
"Ya sayang." Rambut panjang Miyoung diusap sayang.
"Baby.." Tangannya dihalakan kearah si adik yang sedang terbaring diatas badan daddynya.
"Ya baby." Jawab Mingyu. Tersenyum dia melihat tangan Miyoung mengusap pipi adiknya lembut.
"Sayang baby tak?"
"Ta..yang.." Jawab Miyoung pelat. Kepalanya terus disembamkan diatas dada daddynya.
Tersengih Mingyu.
"Bieyy." Serentak kepala Mingyu dan Miyoung tertoleh kearah pintu.
"Mummyy..." Cepat terus Miyoung bangun. Tangannya didepakan meminta mummynya dukung.
"Lama dah bangun?" Tanya Young Hee sebaik mendukung Miyoung. Wajah anaknya dicium sayang.
"Dah. Kenapa biarkan Jaeyoung atas saya?" Soalnya. Mingyu duduk dari pembaringan. Tubuh Jaeyoung diribanya.
"Menangis pagi tadi. Saya letak dekat awak terus diam." Mingyu tersengih mendengarnya. Anak daddy sangat.
Jaeyoung merengek kecil.
"Bangunkan dia biey. Terus mandikan. Saya bawah Miyoung turun dulu." Ujar Young Hee sebelum membawa Miyoung keluar dari dalam bilik.
Mata Jaeyoung yang sudah terbuka luas memandang kearahnya daddynya. Tersenyum Mingyu. Dengan kehadiran Jaeyoung makin menyerikan lagi kehidupan keluarga mereka.
"Daddy mandikan Jae dulu ya." Terus tubuh Jaeyoung dibawa masuk kedalam bilik mandi.
Selesai sahaja menyiapkan Jaeyoung, Mingyu terus membawa turun anak lelakinya. Diletakkan disamping Miyoung yang sedang bermain permainannya.
"Miyoung jaga baby sekejap ya. Daddy nak jumpa mummy." Terangguk- angguk Miyoung mendengarnya. Terus tubuh adiknya dirapati. Diagah- agah adiknya sehingga Jaeyoung tertawa suka.
Mingyu masuk kedapur. Terus tubuh isterinya dipeluk dari belakang.
"Biey.." Tersentak Young Hee dibuatnya. Kepalanya ditoleh memandang sisi wajah suaminya.
"Masak apa tu?"
"Nasi goreng. Simple je tau saya masak harini. Tak apa kan?"
"Tak apa tak kisah." Jawab Mingyu.
Young Hee tersenyum lega. Memandangkan mereka mahu keluar, dia masak ringkas sahaja.
"Jae mana?" Tanya Young Hee.
"Ada dekat depan. Main dengan kakak dia."
Mingyu melepaskan pelukan. Dibiarkan isterinya memasak dengan selesa. Wajah Young Hee dipandang.
"Dah ada anak dua pun cantik." Puji Mingyu.
Young Hee mencebik mendengarkannya.
"Dah ada anak dua pun handsome." Balas Young Hee. Mengikut ayat sama Mingyu.
Mingyu tersengih.
"Memang pun!"
"Perasan." Young Hee menjeling menyampah.
Cuppp!
"Gyu.." Geram Young Hee melihatnya. Suka mengacau. Suka ambil kesempatan.
Mingyu terus berlari kehapapan. Melarikan diri daripada isterinya.
Young Hee mengeluh. Tetapi dia tersenyum bahagia selepas itu. Dia bersyukur sangat dapat hidup disamping orang yang dia cinta.
"Jangan termenung sayang, hangus nasi tu nanti." Jerit Mingyu.
Young Hee tersengih.
Terima kasih Mingyu, terima kasih untuk semuanya. Terima kasih jadikan saya milik awak, selamanya.
✨
Terima kasih semua yg sudi baca ff Mingyu😚💜
*meh bang gyu peluk. Yg pnting beratur dulu😙*Jangan lupa baca next ff. Sis dh update prolog. Kalini kita try buat sweet je hokayyy💃
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...