PART 17

706 59 3
                                    

Mingyu panik melihat isterinya tiada di rumah. Langsung dia tidak tahu kemana Young Hee keluar kerana isterinya itu pergi tanpa memberitahunya.

Puas dia call tetapi Young Hee tidak angkat panggilannya. Dia takut apa- apa benda yang tidak diingini bakal terjadi kepada isterinya.

"Mana pula sayang ni.."

Kunci kereta dicapai segera. Mingyu bergegas keluar dari rumah. Belum sempat dia ingin membuka pintu kereta, ada sebuah kereta berhenti dihadapan rumahnya.

Membulat matanya melihat Young Hee yang baru keluar dari pintu belakang kereta itu. Muram wajah gadis itu.

"Sayang." Mingyu berlari mendapatkan isterinya.

"Kau pergi mana ni? Puas aku call tapi kau tak angkat." Ujar Mingyu risau.

"Saya pergi pasaraya sekejap beli barang dapur." Jawab Young Hee perlahan.

Mingyu memandang beg plastik yang dijinjit isterinya lalu diambil dipegangnya.

"Kenapa tak bagitahu nak pergi. Aku boleh teman kau pergi sana."

Young Hee mengeluh dalam diam.

"Sorry buat awak risau."

Rambut Young Hee diusapnya sayang.

"Tahupun kau buat aku risau. Dah lepasni jangan buat macam ni lagi. Nak pergi mana- mana sekalipun bagitahu aku. Biar aku hantar sendiri." Mingyu mengingatkan isterinya.

Young Hee mengangguk lemah. Terus tangannya dipimpin masuk kedalam rumah.

"Kau rehatlah dekat atas. Aku tengok kau nampak penat. Malam ni biar aku yang masak." Ujar Mingyu seraya meletakkan plastik makanan diatas meja dapur.

Serta merta Young Hee teringatkan rancangannya.

"Tak nak!"

Tersentak Mingyu mendengar jeritan Young Hee separuh kuat itu. Pelik dia dibuatnya.

"Malam ni saya nak masak sendiri. Penat- penat je saya beli barang tapi awak pula yang masak." Young Hee memuncung.

Mingyu tergelak halus. Nak masak pun marah ke.

"Yelah kau masak. Dah pergi mandi. Busuk tahu tak bau pasar." Mingyu menolak belakang badan isterinya.

Cemberut Young Hee dibuatnya. Masam terus mukanya.

"Tak lah gurau je." Mingyu tersengih. Makin diusik makin panjang muncung dia tu. Gigit kang!

"Apa tengok lagi tu." Tutur Mingyu lagi kepada isterinya. Pandang orang macam nak telan.

"Hehe tak ada apa- apa." Young Hee tersengih sebelum berlari anak masuk kedalam bilik.

Mingyu tersenyum lega melihat senyuman isterinya. Tetapi dia masih pelik melihat wajah isterinya yang muram apabila turun dari kereta tadi.


Morning🌞

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now