Young Hee jadi serba salah kepada Mingyu. Mahu sahaja dia menceritakan tentang kepulangan Rowoon kepada lelaki itu tetapi dia takut Mingyu akan kembali dengan perangainya dahulu.
Mingyu menoleh kearah isterinya. Sepanjang perjalanan, Young Hee banyak mendiamkan diri. Sepatah dia tanya, sepatah lah dia jawab. Mingyu pun jadi runsing melihatnya.
"Kenapa sayang?" Tangannya mencapai tangan kiri Young Hee dipeha.
Young Hee menoleh lalu menggeleng.
"Masalah kat kafe ke?"
"Tak adalah. Kafe okay je." Jawab Young Hee. Dia senyum. Tidak mahu lelaki itu mengesyaki apa- apa langsung.
"Nak singgah mana- mana tak?" Tanya Mingyu.
"Kita beli pizza boleh tak? Saya teringin." Tanya Young Hee. Dia mana lah sangat gemar pizza tetapi sekarang ni perutnya inginkan sangat pizza.
"Jarang kau makan pizza. Harini, tiba- tiba pula nak makan kenapa?"
"Entahlah. Tengok iklan dekat tv semalam tu buatkan saya terliur."
Mingyu tersengih. Gara- gara iklan di televisyen Young Hee jadi teringin makan pizza.
Mingyu terus membelokkan keretanya ke kanan memasuki kawasan restoren pizza.
"Kau duduk diam- diam dalam kereta. Biar aku order sekejap." Mingyu membuka tali pinggang keselamatannya.
"Okay." Young Hee mengangguk.
Mingyu terus keluar dari kereta lalu masuk kedalam restoren pizza.
Young Hee termenung. Sejak dua menjak ini dia sering rasa nak makan macam- macam. Kalau tak dapat apa yang dia inginkan mulalah merajuk dengan Mingyu.
Entah- entah...
Tangannya terus melekap di perutnya.
"Takkan lah aku.."
✨
Apa tu?? 🙈 Dah boleh agak kan.
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fiksi Penggemar✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...