Hubungan Young Hee dan Rowoon semakin rapat. Sepanjang ketiadaan Mingyu, lelaki itu banyak menolongnya. Menghantar kemana sahaja yang dia hendak pergi.
Cuma yang merisaukan Young Hee sekarang apabila Mingyu tidak tahu dia dan Rowoon sudah berbaik. Dia takut Mingyu akan memarahinya apabila mendapat tahu dia berkawan semula.
"Dah siap pilih Young Hee." Tegur Rowoon.
Laju Young Hee mengangguk. Sempat pula dia berangan sewaktu memilih pakaian untuk anaknya.
"Dah dah." Young Hee meletakkan baju bayi kedalam bakul yang dipegang Rowoon.
"Ada apa- apa lagi tinggal ke?" Tanya Rowoon semasa mereka hendak pergi ke kaunter bayaran.
"Tak ada." Jawab Young Hee.
Rowoon meletakkan bakul pakaian diatas meja kaunter.
Rowoon mengeluarkan beg duitnya lalu menyerahkan sejumlah wang kepada juruwang.
"Eh tak payahlah awak. Biar saya bayar." Jadi serba salah dibuatnya apabila melihat Rowoon sudah mengeluarkan sejumlah duit lebih awal.
"Tak apa, biar saya bayar. Lagipun ni hadiah untuk baby." Rowoon tersenyum kecil.
Young Hee mengeluh. Tidak pasal- pasal juruwang tersebut melihat drama tidak berbayar.
"Tapi.."
"Tak apa, biar saya bayar. Cukup kan dik?" Tanya Rowoon.
Juruwang itu mengangguk lalu mengembalikan baki kepada Rowoon.
"Terima kasih." Ucap juruwang yang bertugas itu.
"Sama- sama." Rowoon terus mencapai beg plastik lalu dipegangnya.
"Terima kasih Woon." Ucap Young Hee ikhlas.
"Lepasni kita pergi makan pizza ya. Nayeon kata awak mengidam pizza pula sekarang ni."
Young Hee memandang pelik kearah Rowoon.
Rowoon sudah menekup mulutnya. Boleh pula dia terlepas cakap.
"Nayeon bagitahu awak? Awak rapat ke dengan dia?" Tertanya- tanya Young Hee dibuatnya. Sebenarnya, sudah lama dia merasa pelik melihat Nayeon yang selalu sangat gelabah tiba- tiba apabila dia bercerita tentang Rowoon.
"Eh tak. Saya terdengar Nayoen cakap dekat staff cafe yang awak mengidam pizza." Rowoon mengetap bibir.
"Ouh yeke. Kecoh betul Nayeon tu."
Rowoon tersengih. Menutup segala resahnya.
Dring- Dring-
Rowoon mencapai telefonnya didalam poket. Nama pemanggil dilihatnya lama.
"Nayeon?" Ujar Young Hee melihat nama yang terpapar di skrin telefon milik Rowoon.
Gulp!
Rowoon memejamkan matanya rapat. Ah sudah.
✨
Esok kita update lambat sikit ya😚
Bersedia tengok Gyu marah lepasni💃
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fiksi Penggemar✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...