Puas mencari, akhirnya baru Young Hee tahu siapa yang ambil gambar dia bersama Rowoon.
Sedih Young Hee memikirkannya. Tidak sangka kawan baiknya sendiri yang sanggup buat sebegitu.
"Aku ada alasan aku sendiri Young Hee." Tegas Nayeon berkata.
Young Hee mengeluh. Kepalanya menunduk. Siapa lagi dia mahu percayakan.
"Alasan apa lagi?" Basah wajahnya dengan air mata. Kenyataan yang selamanya dia tidak dapat terima.
Nayeon menelan liurnya kasar.
"Gyu paksa aku. Aku tak boleh buat apa."
Luruh hati Young Hee mendengarnya. Sampai macam tu sekali Mingyu tidak percaya pada dirinya sehingga menyuruh kawan baiknya sendiri perhatikan pergerakannya.
"Berapa Gyu bayar kau untuk semua ni?" Tanya Young Hee. Wajah Nayeon yang bersalah dipandang.
Nayeon menggeleng laju.
"Aku minta maaf Young Hee. Kalau aku tak bagitahu Gyu mesti kau dan dia tak jadi macam ni." Tangan Young Hee dicapai. Digenggam memohon maaf.
"Sebab ni ke kau jauh dari Rowoon? Kau jeles sejak dua menjak ni Rowoon rapat dengan aku sebab tu kau ikut je apa yang Gyu suruh?" Soal Young Hee lagi.
Lambat- lambat Nayeon mengangguk. Air matanga juga turut mengalir sama.
"Aku minta maaf. Aku tahu aku tak patut buat macam tu. I'm sorry
again."Young Hee menarik nafasnya dalam. Mencari sedikit kekuatan.
"Aku maafkan kau, cuma..." Young Hee diam. Wajah Nayeon direnungnya.
"Cuma Rowoon. Kau fahamkan apa aku cuba maksudkan.."
Lambat- lambat Nayeon mengangguk.
"Tapi.."
Young Hee menyentuh bahu kawannya.
"Tentang aku kau jangan risau. Aku tahu Gyu macam mana. Kau selesaikanlah masalah kau dulu." Young Hee tersenyum nipis. Walaupun hakikatnya dia tengah berperang didalam. Kuatkah lagi dia mahu memujuk suaminya.
"Thank you Young Hee. Aku janji aku dah tak buat macam ni lagi. Aku sayangkan persahabatan kita."
Young Hee mengangguk- angguk.
"Aku pun." Terus tubuh Nayeon dibawa peluk.
✨
Siapa teka betul👏👏 Jgn risau Nayeon baik je. Cuma dia disuruh buat😚
Next kita tengok apa jadi bila hero hero kita ni bertemu😎
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfic✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...