PART 45

1K 55 13
                                    

Mingyu melangkah masuk kedalam bilik sambil menatang dulang. Diletakkan diatas meja disisi katil sebelum dia melangkah menghampiri isterinya yang sedang tidur. Young Hee sudahpun seminggu keluar dari hospital. Selama seminggu ini, Mingyu yang akan menjaga isterinya berpantang. Keluarganya juga turut sama bergilir- gilir melihat keadaan Young Hee.

"Sayang bangun." Rambut Young Hee yang mengurai jatuh diselitkan ditepi telinga gadis itu.

"Sayang.. Bangun makan." Kejutnya lagi. Tetapi tiada tanda Young Hee mahu bangun.

Terus ditepuk lengan isterinya perlahan.

"Sayang.."

"Emm." Baru Young Hee tersedar. Mulutnya menggumam halus.

"Makan ni. Saya dah masak untuk awak." Diusap kepala isterinya sayang.

Young Hee membesarkan matanya. Wajah suaminya dipandang lama.

"Kenapa?" Tanya Mingyu pelik.

"Sup rumpai laut lagi." Dia sudah hafal bau sup rumpai laut yang dimasak suaminya hampir setiap hari.

"Yelah. Petang nanti baru makan lain. Pagi ni makan ni dulu." Pujuk Mingyu. Dia membantu isterinya duduk bersandar dikepala katil.

Young Hee sudah tercebik.

"Untuk kesihatan awak juga. Lepas dah habis pantang ni nak makan apa- apa pun saya tak kisah. Saya bawa je awak nak pergi mana." Mingyu membuat perjanjian.

Young Hee sudah tersenyum nipis.

Lega hati lelakinya melihat. Terus mangkuk yang terisi sup diambil. Sedikit demi sedikit disuapkan kedalam mulut isterinya.

"Lepas makan susukan baby tau. Nanti saya sediakan air mandi awak."

Young Hee mengangguk. Bersyukur dia mendapat suami seperti Mingyu. Langsung tidak lari dari tanggungjawab. Setiap malam jika dia perlukan lelaki itu, pantas sahaja Mingyu membantunya.

Wajah anaknya disebelah yang sedang tidur dipandang penuh kasih.

"Harini omma datangkan?" Soal Young Hee. Lantas Mingyu mengangguk. Suapan terakhir disuakan kedalam mulut isterinya. Diletakkan mangkuk yang sudah kosong diatas dulang. Air mineral suam disuakan kepada isterinya. Young Hee meneguk perlahan sehingga habis.

"Awak rehat dulu. Nanti saya naik balik tolong awak."

Mingyu terus mengangkat dulang kedapur. Young Hee tersenyum melihat kepergian suaminya.

Sementara menunggu Mingyu, diangkat tubuh yang sedang terlena itu. Didakap dengan penuh berhati- hati.

"Bangun anak mummy." Dikucup serata wajah Miyoung membuatkan anaknya mengeliat kecil.

Tersenyum dia melihat mata kecil anaknya yang terbuka memandang kearahnya.

Kim Miyoung adalah anugerah terindah untuk mereka sekeluarga.

"Membesar jadi anak yang baik sayang."

Sikit je lagi sblm habis💃

Lepasni fokus lagi satu ff. Lpstu dh mula busy nk smbg study😚 bye bye smua💋👋

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now