Mingyu merenung lama message yang baru dihantar sebentar tadi.
'Kalau kau gentle bro kita jumpa kat tempat biasa kita lepak dulu. Aku tunggu kau waktu lunch.'
Jika diikutkan hati dia malas mahu bertemu empat mata dengan lelaki itu. Buat sakit hati sahaja.
Fail kerjanya dikemas lalu disusun. Mingyu terus bergegas keluar dari pejabat apabila waktu sudah menunjukkan jam 12:30 tengahari.
Kereta dipandu laju menuju ke tempat yang dahulunya menjadi kenangan mereka sewaktu belajar.
Mingyu memandang lelaki yang sedang duduk jauh darinya di sebuah restoren. Dia mengatur langkah menuju kearah lelaki itu.
"Sampai juga kau Gyu." Sapa Rowoon apabila melihat kelibat Mingyu yang baru sampai.
"Okay straight to the point. Kau nak apa dari aku dan Young Hee?" Tajam matanya menikam anak mata Rowoon.
"Kalau aku nak Young Hee, kau nak buat apa?" Panas hati Mingyu. Nasib tangan dia tidak melayang ke wajah lelaki itu.
"Lek lah Gyu. Kau tahu kan yang aku bukan.."
"Bukan apa? Perampas?" Mingyu tergelak sinis.
"Apa kau nak sebenarnya jumpa aku. Banyak lagi benda yang aku boleh buat selain dari jumpa kau." Ujarnya sinis.
Rowoon mengeluh.
"Tak boleh ke kau maafkan Young Hee. Dia tak salah pun dalam hal ni. Aku yang salah." Terpaksa juga Rowoon mengaku disebabkan dia mahu hubungan Young Hee dan Mingyu berbaik semula.
"Aku bukan semudah tu. Dulu kau boleh buat aku, sekarang aku tak dapat terima lagi. Kalau kau nak dia sekalipun aku dah tak kisah."
"Gyu apa kau cakap ni?" Turun naik nafas Rowoon dibuatnya. Lelaki itu langsung tidak berfikir sebelum berkata.
"Aku minta maaf dari awal. Kalau kehadiran aku buat kau dan Young Hee macam ni, aku minta maaf sangat- sangat. Aku datang sini cuma nak bagi ni." Rowoon menghulurkan sampul berwarna putih.
"Jemput datang. Aku harap hubungan kita boleh jadi macam dulu. Tiada salah faham lagi dan dendam. Kau dengan kehidupan kau dan aku dengan kehidupan aku."
Mingyu memandang sepi sampul itu.
"Aku pergi dulu." Rowoon bangun. Semasa melaluinya, bahunya ditepuk.
Mingyu terus membuka sampul yang diberikan lelaki itu. Terkejut dia melihat isi yang tertulis diatas kad itu. Mengeluh dia dibuatnya melihat sikap tidak matang diriya.
✨
Menyesal ke tu bang Gyu? 😚
Macam dijanjikan, ff ni konflik tak teruk mana pun. Nak benci pun sekejap je. Lepas ni kita bagi sayang- sayang je😉💜
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...