PART 39

945 56 3
                                    

Mingyu melangkah masuk kedalam rumahnya. Sunyi sepi.

Pintu rumahnya dipulas. Lampu yang terpadam dibuka. Tersentak dia melihat isterinya yang sedang tertidur lena diatas sofa dengan televisyen masih terpasang.

Mengingatkan apa yang terjadi tengahari tadi, serta merta egonya turun. Langkahnya menghampiri Young Hee.

Tangannya naik mengusap kepala isterinya.

"Maafkan aku." Ucapnya. Sebak dia melihat ada sisa tangisan lagi pada wajah isterinya.

Sedang dia membelai rambut isterinya, Young Hee terjaga. Segera Mingyu bangun.

"Gyu." Young Hee duduk. Matanya yang masih menahan sisa ngantuk dikesatnya.

Mingyu diam.

"Dah lama balik? Awak dah makan?" Soal Young Hee. Berharap lelaki itu menggeleng dan mengatakan dia tidak makan lagi.

"Aku dah makan." Jawab Mingyu.

Young Hee mengeluh lemah.

"Tak apalah awak pergi lah mandi. Lepastu berehat okay." Young Hee menunduk. Perutnya yang sudah membesar diusapnya.

"Tapi... aku lapar. Aku nak makan lagi. Kau boleh teman aku?"

Serta merta kepalanya ternaik. Wajah Mingyu ditatap tidak dipercaya.

"Errr betulkah? Jom." Tidak menunggu lama segera dirangkul tangan Mingyu pergi ke meja makan. Berseri- seri wajahnya apabila Mingyu sudi makan malam bersama dengannya malam ini.

"Awak duduk dulu. Saya pergi dapur panaskan lauk sekejap." Mingyu menurut. Membiarkan isterinya kedapur menyediakan makanan mereka.

Dengan langkah yang perlahan tambah lagi dengan perut yang sudag sarat, Young Hee terus kedapur dengan senyuman dibibir.

Perutnya diusap.

"Daddy nak makan dengan kita sayang." Ujarnya teruja kepada kandungannya. Dia bersyukur sangat Mingyu mula bercakap dengannya. Tidak seperti hari- hari yang lalu.

Terus api dihidupkan. Makanan yang sudah dimasaknya petang tadi dipanaskan kembali.

Tanpa sedar, Mingyu melihat dan mendengar setiap kata- kata isterinya dengan dirinya menyorok disebalik dinding. Dia mengeluh lemah kerana pernah membuat gadis itu sedih dan menangis kerananya.


😉😉😉

Sakit perut pagi ni. Nak sambung tidur pun dh tak boleh😌 So kita update lah satu untuk korang💜😚

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now