Young Hee tersedar. Jam di dinding dipandang.
8:30 pagi
"Lambatnya." Segera Young Hee bangun. Dipandang Mingyu disebelahnya yang tidur keletihan. Kalau tidak kerana lelaki itu pasti dia sudah bangun lebih awal dan membantu omma di dapur menyediakan sarapan pagi.
Malu lah dia apabila disindir omma dan appanya nanti. Tu lah, menanti sangat upah daripada suami. Kan dah dapat, dua- dua tak sedar.
Tanpa membuang masa, Young Hee terus bangun dan membersihkan diri.
Mingyu tersedar apabila mendengar bunyi pancuran air dari dalam bilik air.
"Sayang.." Mingyu memanggil.
"Hmmm." Kedengaran Young Hee menggumam dari dalam.
"Pukul berapa dah ni?"
"Tengoklah sendiri jam." Young Hee berdecit.
Mingyu terus melihat jam di dinding. Pukul 8:50 pagi. Patutlah, dah lambat rupanya.
Mingyu melihat apabila Young Hee sudah keluar dari bilik air. Saat mata mereka bertemu, terus Young Hee menjelingnya.
"Pagi- pagi dah jeling aku." Sindir Mingyu.
"Sebab awak lah ni." Ujar Young Hee geram. Rambut yang basah dikeringkan.
Mingyu mula bangun dari katil. Dia datang menghampiri isterinya lalu pinggang itu dipeluknya.
"Lepaslah Gyu. Awak busuk." Young Hee cuba ingin melepaskan tangan yang memeluk pinggangnya tetapi Mingyu masih memeluknya erat.
"Morning kiss tak ada?"
"Tak ada!" Tegas Young Hee menjawab.
"Alahhh." Mingyu mengeluh.
"No kiss. No hug. No everything." Terus Young Hee melepaskan tangan Mingyu.
"Sayang..." Panggil Mingyu manja.
"No Mingyu. Pergi mandi sekarang." Young Hee memberi arahan. Tuala Mingyu dicapai lalu dibaling kearah lelaki itu.
"Go now! Sebelum saya denda awak, baik awak pergi."
"Denda apa tu sayang?" Mingyu tersengih bertanya.
"Cepatlah Mingyu!" Sekali Young Hee menjerit kuat. Pagi- pagi dah mula cari pasal suaminya ini.
"Ganasnya isteri aku ni!"
"Hish Mingyu!!!!"
✨
Mingyu ni nakal sikit😝😂
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...