PART 44

1K 58 15
                                    

Mingyu keluar dari dewan bersalin dengan senyuman lega. 9 bulan menanti, hari ini dia rasminya bergelar seorang daddy kepada bayi perempuan.

Mingyu mengeluarkan telefonnya. Ditelefon keluarga dan kawannya untuk memberitahu berita gembira ini.

"Encik."

Mingyu menoleh. Dipandang jururawat yang telah merawat isteri sebentar tadi.

"Kami dah masukkan puan dekat wad biasa. Nanti encik boleh tengok ya. Sebelum tu encik boleh ambil baby dulu dekat bilik bayi." Ujar jururawat yang bertugas itu.

Mingyu menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih nurse."

Jururawat itu tersenyum  lalu mengatur langkah pergi.

Mingyu terus ke keretanya mengambil baju untuk membersihkan diri. Usai sahaja bersiap, dia terus mendapatkan anaknya.

Tersenyum Mingyu melihat katil bayi yang sedang diusung seorang jururawat.

"Anak encik." Mingyu tersenyum bahagia. Wajah kemerahan anaknya ditatap penuh sayang.

"Kim Miyoung, anak daddy." Gugur air matanya. Terasa sebak memandang wajah yang sedang terlena itu. Dia melabuhkan ciumannya didahi anaknya. Lama.

Mingyu terus mendakap tubuh anaknya. Lalu dibawa masuk kedalam wad yang ditempatkan isterinya.

"Sayang.." Mingyu menghampiri isterinya yang sudah tersedar.

"Dah lama bangun?"

Young Hee mengangguk lemah.

"Anak kita." Matanya langsung tidak teralih kepada bayi yang sedang didakap erat Mingyu.

Mingyu tersenyum.

"Anak kita, Kim Miyoung." Diserahkan Miyoung dengan penuh berhati- hati kepada isterinya.

Tersenyum Mingyu melihat isterinya yang tidak henti mencium seluruh wajah anaknya.

"Comel." Puji Young Hee.

"Sama macam kau."

Young Hee tersengih.

Mingyu terus merangkul tubuh Young Hee.

"Thank you sayang. Thank you sudi lahirkan anak aku." Dahi Young Hee dikucup penuh sayang.

"Thank you too Gyu." Ucap Young Hee ikhlas.

"Gyu..."

"Hmm kenapa?" Mingyu menoleh memandang isterinya.

"Kitakan dah ada baby. Kalau boleh saya tak nak lah awak bahasakan diri awak kau. Tak sedap baby dengar nanti. Boleh?"

Tersengih kecil Mingyu mendengar permintaan isterinya.

"Boleh ke?" Young Hee menanti.

Lambat- lambat Mingyu tersenyum mengiyakan.

Young Hee juga turut tersenyum melihatnya.

Meh munculkam diri anda mak tiri Kim Miyoung👶😗

Hehhe dah boleh tidur lena malam ni. Esok update lambat juga ya. Bye💜

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now