PART 46

940 57 5
                                    

Young Hee tersenyum senang. Kereta bayi disorong masuk kedalam restoren pizza.

Mingyu tersenyum melihat telatah isterinya yang agak teruja itu. Terus dia melabuhkan punggung dihadapan tempat duduk isterinya.

Pelayan bekerja menyerahkan menu pizza kepada mereka.

"Nak order apa sayang?" Soal Mingyu. Dilihat isterinya yang sibuk menyelak sehelai demi sehelai buku menu itu. Dibiarkan isterinya sahaja membuat pesanan. Dia hanya makan ikut selera isterinya.

Selesai membuat pesanan, Young Hee terus mendukung Miyoung yang sudah bangun dari tidurnya. Sepanjang perjalan ke restoren, Miyoung tidur sangat lena.

Dicuit- cuit manja pipi anaknya.

"Lepasni kita pergi beli baju untuk awak dengan Miyoung ya." Serta merta kepala Young Hee memandang kearah suaminya.

"Tak payahlah awak. Awak dah belanja saya makan ni pun dah okay. Dah lunas dah hutang awak selama saya berpantang ni."

Mingyu tergelak halus.

"Tak apalah. Dah tanggungjawab saya belikan keperluan isteri dan anak saya." Jawab Mingyu. Jari isterinya yang berada diatas meja dimain- mainkan.

"Terima kasih." Ucap Young Hee ikhlas.

Mingyu mengangguk tersenyum.

"Gyu, awak tahu tak Nayeon masuk hospital." Tanya Young Hee sambil melayan anaknya.

"Tak tahu, kenapa?"

Young Hee tersenyum penuh makna. Perutnya disentuh.

Terangguk- angguk Mingyu akan maksud isterinya.

"Nanti kita lawat dia eh." Ajak Young Hee. Tidak sabar dia mahu berjumpa kawannya itu. Semasa dia berpantang, gadis itu berada di luar negara untuk bercuti.

"Boleh je." Jawab Mingyu. Cutinya juga berbaki lagi dua minggu sahaja lagi. Dua minggu ini dia mahu meluangkan masa bersama dengan isteri dan anaknya sepuasnya.

Makanan yang sudah dipesan tiba. Mereka terus menikmati makanan yang dipesan. Sesekali Mingyu menyuakan potongan pizza kecil ke mulut isterinya.

Tersengih- sengih Young Hee melihat Miyoung yang tergapai- gapai ingin mengambil makanan dihadapannya.

"Lapar sangat dah tu sayang." Ujar Mingyu dengan sengihannya dibibir.

Young Hee terus mengeluarkan botol susu yang sudah disiap dibancuh susunya dirumah. Terus disuakan kedalam mulut kecil anaknya dengan berhati- hati.


Kenapa Nayeon tu? 🙈

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now