Hampir 2 jam Mingyu berkurung di dalam bilik gara- gara permintaan isterinya. Terpaksa lah dia ikutkan kalau tidak memang tidur luar malam ini.
Young Hee masuk kedalam bilik dengan senyuman di bibir. Didekati suaminya yang sedang terbaring diatas katil.
"Dah siap?" Tanya Mingyu.
"Dah." Laju Young Hee mengangguk.
"Okay jom." Terus Mingyu bangun dan berura- ura ingin pergi turun ke ruang makan.
"Sekejap." Halang Young Hee. Dia tersengih.
"Apa lagi sayang. Aku dah penat ni duduk dalam bilik. Perut pun dah lapar tau." Mingyu mengeluh dihujung ayatnya.
"Sekejap lah. Bagi saya 30 minit nak bersiap."
"Bersiap? Nak pergi mana?" Tanya Mingyu pelik. Aduhai wife, kenapa pelik sangat harini. Rasanya dah okay kot apa yang isterinya pakai sekarang ni.
"Pergi makan lah. Badan saya berbau lah lepas masak tadi. Nanti orang tu nak dekat dengan saya langsung." Perli Young Hee.
"Hmm ye lah. Cepat. Aku bagi 30 minit je." Mingyu akur.
Young Hee simpul senyum. Terus dia tergesa- gesa turun dari katil lalu membersihkan diri.
Mingyu tidak boleh tahan lagi. Dia tertanya- tanya apa yang dilakukan isterinya sampai dia terpaksa berkurung lamanya didalam bilik.
Ternganga Mingyu dibuatnya. Dihampiri meja makan yang penuh tersusun dengan pelbagai jenis makanan kegemarannya.
"Patutlah lambat sangat." Ujar Mingyu.
Mata Mingyu terarah satu kotak kecil yang terletak diatas tempat dia duduk sewaktu makan.
"Apa pula ni?" Lalu diambilnya dan dibuka perlahan.
Terpejam rapat mata Mingyu. Langsung tidak disangka dengan kejutan ini. Sekeping gambar scan baby didalamnya. Dia mengucap syukur kerana diberi peluang bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi.
"Sayang.." Mati langkah Mingyu saat melihat Young Hee sudah ada di hadapannya. Sejak bila dia sendiri tidak pasti. Mungkin semasa dia terlalu asyik melihat bakal anaknya itu.
"Sayang betul ke ni?" Tanya Mingyu tidak percaya.
Young Hee tersenyum mengangguk.
"Thank you sayang. I love you so much." Terus tubuhnya didakap. Dia dapat rasakan Mingyu menangis dibahunya.
Young Hee membalas pelukan si suami.
"I love you too. Thank you sudi benarkan saya kandungkan zuriat awak. Saya janji saya akan jaga baby kita baik- baik sampai lah dia membesar dengan sihat." Ucap Young Hee sebak.
Mingyu mengangguk dalam pelukan. Dicium tepi kepala isterinya lama.
Thank you again, sayang.
✨
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfic✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...