Young Hee tersedar dari lenanya. Jam di dinding biliknya dipandang. 8 pagi.
"Alamak dah lambat..." Bergegas Young Hee ingin turun dari katil. Dia ingin membuat sarapan untuk suaminya sebelum pergi ke kerja. Belum sempat dia masuk kedalam bilik air, pintu bilik terbuka dari luar.
Young Hee menoleh. Berkerut dahinya melihat Mingyu masuk kedalam bilik dengan dulang yang terisi makanan dan minuman pagi.
"Gyu.." Pelik Young Hee dengan tindakan suaminya pagi ini. Selalunya tergesa- gesa nak pergi ke pejabat tetapi tidak pula harini.
"Err awak tak kerja ke?" Serba salah dia bertanya.
"Aku cuti." Jawabnya pendek. Dulang diletakkan diatas katil.
"Sini." Panggilnya. Tanpa teragak- agak Young Hee datang menghampiri suaminya.
Mingyu menarik tangan isterinya untuk duduk di atas katil. Selama beberapa hari ini setelah dia pulang dari China, dia tidak melakukan tanggungjawabnya kepada isterinya. Semua tentang isterinya diabaikan. Hari ini, dia mahu tebus balik semuanya. Dia mahu jaga Young Hee seperti sebelum ini.
"Makan ni." Mingyu menyuakan pinggan yang terisi nasi goreng diatasnya. Penuh dia letakkan. Dia tahu Young Hee sudah beberapa hari tidak makan kerana menunggunya.
Young Hee yang masih pelik teragak- agak mencapai pinggan nasi goreng yang dihulurkan untuknya. Lambat- lambat disuakan makanan kedalam perutnya.
"Makan sampai habis. Aku taknak tengok kau skip makan langsung. Aku dapat tahu lagi kau skip, tunggu aku kerjakan kau nanti."
Tersedak Young Hee mendengarnya. Segera gelas yang terisi susu dicapai lalu diteguknya.
Sebenarnya dia masih pelik dengan kelakuan Mingyu. Tetapi dia sendiri takut untuk berkata. Dilakukan juga disebabkab Mingyu menyuruh.
Apa- apa pun dia gembira melihat perubahan suaminya.
✨
Tak lama lagi baby nak keluar😚
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...