Mingyu sampai di tempat kerja isterinya lebih awal dari selalu. Hari ini dia ingin membawa Young Hee ke sebuah restoren seafood memandangkan gadis itu tiba- tiba teringin nak makan.
Matanya ralit memandang kafe yang semakin tidak ramai orang. Pintu terbuka dari dalam dan seseorang keluar dari kafe. Mencerlung mata Mingyu melihat orang itu. Dia cukup kenal.
Kenapa dia tidak tahu Rowoon sudah pulang? Young Hee juga tidak memberitahunya apa- apa.
Rowoon yang ketika itu baru keluar dari kafe terus menuju keretanya. Belum sempat dia ingin masuk kedalam keretanya, dia ternampak Mingyu yang berada didalam kereta dibelakangnya.
Serta merta lelaki itu keluar apabila nampak kelibatnya.
"Hai bro, lama tak jumpa." Sapa Rowoon dengan senyuman dibibir. Tangannya dihulur untuk bersalam tetapi tidak disambut Mingyu.
"Kau buat apa lagi kat sini? Kacau bini aku." Tuduh Mingyu tanpa berfikir.
Rowoon mengeluh mendengarnya.
"Kau kena ingat, ni kafe appa aku. Jadi aku berhak ada dekat sini."
"So senanglah kan kau nak jumpa wife aku. Kau ni...." Belum sempat Mingyu menumbuk wajah Rowoon, tangannya dihalang.
"Aku dah lama move on bro. Young Hee tu sepenuhnya milik kau. Kenapa kau nak ragu- ragu lagi dengan aku. Kau tercabar ke?"
Mingyu mengetap rahang mendengarnya.
"Kau memang tak guna!"
"Jangan keruhkan keadaan Gyu. Aku dah menyarah kalah. Kau janganlah salah faham." Bahu Mingyu ditepuk halus.
"Aku balik dulu. Aku minta maaf. Ada rezeki kita jumpa lagi." Ujar Rowoon seraya membuka pintu keretanya.
"And one more thing, aku tak kacau pun wife kau. Jaga dia baik- baik. Kau memang layak dapat dia." Seusai berkata, Rowoon terus masuk kedalam kereta.
Perbalahan antara Mingyu dan Rowoon diperhati Young Hee dari dalam ke cafe. Dia mengeluh lemah. Mingyu sudah pun tahu kepulangan Rowoon.
Begnya dicapai sebelum dia bergerak ke kereta. Pintu kereta dibuka lalu dia masuk kedalam.
Wajah Mingyu bengis. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memandu terus pulang kerumah.
Young Hee kawal air matanya. Mingyu langsung tidak menegurnya. Dia tahu yang Mingyu membatalkan niatnya untuk bawa dia makan ke restoren seafood kerana jalan yang dilaluinya menuju kerumah mereka.
Tak apalah, tiada rezeki dia hari ni.
Terus dia memandang kearah luar tingkap sambil melayan perasaannya sendiri. Air matanya yang jatuh dikesat kasar.
Mingyu mengeluh melihat Young Hee yang berpaling darinya. Dia tahu gadis itu merajuk melihat perangai dia yang berubah tiba- tiba.
✨
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfikce✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...