Lena Young Hee terganggu saat telefonnya berbunyi. Segera tangannya mencapai telefonnya yang berada diatas meja katil.
"Sayang..." Sapa pemanggil.
Terbuka luas Young Hee mendengar panggilan itu.
"Awak.." Perlahan sahaja Young Hee menutur. Birai matanya sudah basah mendengar suara yang hampir 3 hari tidak didengarinya.
"Sihat? Baby sihat?"
"Sihat. Awak Gyu?"
"Aku sihat je. Jangan risau tentang aku. Sorry aku dah lama tak call kau, aku busy sikit sekarang ni."
"Tak apa saya faham kerja awak."
Mingyu tersenyum kecil mendengarnya.
"Kau tengah tidur ke? Lain macam suara kau."
"Ahah saya tidur tadi. Penat sangat harini." Ujar Young Hee.
"Penat? Buat apa je dekat rumah?" Tanya Mingyu serius.
"Tak buat apa- apa pun. Cuma mengah sikit. Baby aktif sangat sekarang ni." Perutnya yang membesar diusapnya.
Mingyu tersengih. Teruja dia mendengarnya. Tidak sabar mahu pulang untuk memegang perut isterinya yang bergerak.
"Siannya sayang aku ni. Aku cuba siapkan kerja cepat lepastu kita jumpa ya. Aku rindu kau sangat- sangat." Ucap Mingyu.
Young Hee menahan sebak.
"Saya pun. Gyu, lusa kena check up baby.." Mendatar sahaja suara Young Hee berkata.
Mingyu hampir terlupa. Sepanjang tempoh mengandung, dia lah yang sering menemani isterinya ke hospital untuk membuat pemeriksaan untuk anak dan isterinya.
"Sorry sayang, aku tak dapat teman. Aku janji bulan depan kita pergi sama- sama tengok baby ya." Pujuk Mingyu.
"Okay." Balas Young Hee.
"Nanti aku minta Yooji dan Wonwoo teman kau eh?"
"Eh tak payah, Yeon nak teman saya."
"Oh ye ke, baguslah. Nanti apa- apa call aku tau. Aku tak dapat nak call kau selalu." Pesan Mingyu.
"Okay Gyu."
"Dah sambung rehat. Jangan banyak buat kerja. I love sayang, bye."
"I love you too, Gyu. Bye." Panggilan tamat. Young Hee mengeluh. Terasa sebak dibuatnya apabila membuat panggilan bersama Mingyu. Rindunya pada lelaki itu tidak dapat dibendung lagi.
"Balik cepat Gyu. Saya rindu."
✨
Sikit je lagi konflik nak dekat. Dalam masa Gyu pergi China, konflik dah mula.
Konflik tak berat pun eh😜 Jangan kecam Gyu, jangan kecam Rowoon😂😂
Nak buat cerita utk Rowoon ke? Kalau nak skjp lagi pergi baca sedikit teaser utk ff dia. Inshaa Allah kalau kisah dia tk hbis kat sini, kita buat kisah dia dkt ff yang baru😚
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfic✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...