Mingyu meletakkan telefonnya ketepi. Bosan sangat bila duduk seorang diri dekat rumah. Sudah hampir 4 jam lebih Young Hee keluar.
"Ish Young Hee, kau tunggu balik nanti. Aku kurung kau dalam bilik biar tak dapat keluar."
Mingyu mendengus kasar.Mana tidak geram, Young Hee dan omma bersuka ria keluar pergi shopping mall manakala dia pula duduk dekat rumah macam tunggul.
Mingyu bangun. Dia berjalan kearah almari milik Young Hee. Dibuka pintu almari lalu melihat pakaian- pakaian Young Hee satu persatu.
Tiba- tiba dia terpandangkan satu kotak yang cukup dia kenal. Kotak dimana dia letakkan katak di dalam itu dahulu.
"Tak sangka dia masih simpan lagi kotak ni. Ingat dah rabak." Mingyu tergelak halus mengingatkan kenangan lama. Sakan sangat dia ketawa melihat reaksi Young Hee dan rakannya, Yooji dan Wonwoo. Bukan main gelabah lagi. Si Young Hee muka dah pucat masa tu.
Pintu bilik terbuka. Mingyu menoleh kearah isterinya yang baru sahaja pulang.
"Awak.." Young Hee menegur.
"Balik pun." Ujar Mingyu perlahan.
Young Hee meletakkan barang- barang yang baru dibelinya diatas katil.
"Lama berjalan, tak ingat suami ke?" Sindir Mingyu. Pintu almari ditutup. Mingyu terus duduk di birai katil dengan masih kotak hadiahnya dahulu di tangan.
"Sorry." Young Hee memujuk. Dah agak dah Mingyu akan berjauh hati dengannya apabila dia keluar tanpa dirancang. Takkan lah dia mahu menolak permintaan omma untuk menemaninya ke shopping mall.
Young Hee mengambil tempat disebelah Mingyu. Matanya teralih pada kotak yang dipegang suaminya itu.
"Macam mana awak boleh jumpa kotak ni?" Soal Young Hee. Dicapai kotak itu dari Mingyu tetapi lelaki itu cepat menghalang.
"Aku selongkar tadi almari kau." Ujar Mingyu tanpa riak.
"Ish awak ni suka sangat selongkar barang saya." Young Hee memeluk tubuhnya tanda protes. Kali ini dia pula mahu merajuk.
"Kau ingat aku nak pujuk ke kalau kau merajuk macam ni."
Young Hee menjeling menyampah. Sabar sahaja lah dapat suami seperti Mingyu.
Belum sempat Mingyu ingin membuka kotak itu, Young Hee menjerit menghalang perbuatannya.
"Kenapa?" Tanya Mingyu pelik. Sedaya upaya Young Hee inginkan kembali kotaknya.
"Tak nak! Jangan buka Mingyu!" Merayunya.
"Kenapa tak boleh buka?"
"Sebab tak boleh buka juga."
"Ada aku kisah. Aku nak buka juga." Terus Mingyu membuka kotak pemberiannya itu.
Young Hee mengeluh. Mukanya ditutup dengan tapak tangannya.
Terdengar gelakan dari Mingyu. Malunya dia.
"Kau simpan gambar aku sayang?"
Young Hee diam.
Mingyu tergelak.
"Comellah kau ni. Dari mana entah kau dapat gambar aku ni. Aku ingat aku seorang je stalker kau, rupanya kau pun juga." Mingyu tersengih dihujung ayatnya.
"Eee dahlah!" Segera Young Hee merampas. Tebal mukanya sekarang menahan malu melihat reaksi suaminya.
Segera Young Hee meletakkan balik kotak hadiah itu didalam almarinya.
Melihat isterinya ingin keluar dari bilik, terus Mingyu mengejar.
"Eh merajuk ke?" Soal Mingyu. Melihat wajah cemberut isterinya tahu lah Young Hee merajuk dengannya.
Young Hee diam malas mahu melayan.
"Merajuk ke sayang aku ni?" Tanya Mingyu lagi. Tangannya ringan naik ke pipi isterinya lalu diusap.
"Janganlah merajuk. Nanti aku rindu. Kalau kau merajuk nanti tak ada siapa nak teman aku." Mingyu memujuk.
Young Hee masih diam.
"Sayang.. Please." Meleret terus suara Mingyu.
Chup!
Mingyu mencium sekilas bibir isterinya.
"Hadiah untuk kau supaya terpujuk sikit hati tu. Emm yelah aku janji tak selongkar barang kau lagi. Tapi kotak tu aku dah tengokkan isi dia so tak salahkan kalau aku tengok lagi." Membulat matanya bila Mingyu berkata begitu. Ini nak pujuk ke nak cari pasal?
"Okay okay." Mingyu menyerah.
"Nak turunkan? Buatkan aku air sekali boleh. Haus pula tekak ni." Pinta Mingyu.
"Hmm." Young Hee ingin melepaskan tangan Mingyu tetapi lelaki itu masih memegangnya erat.
Keningnya dijungkitkan.
"Pergi macam tu je ke?"
"Habistu?" Soal Young Hee pelik.
"Kiss tak ada?"
"Ish jangan mengada." Terus Young Hee melepaskan tangan Mingyu.
Mingyu tergelak. Terus dia membiarkan isterinya pergi.
✨
Bagi lebih sikit part ni😝
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)
Fanfiction✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada m...