PART 47

860 49 6
                                    

Tersengih- sengih Young Hee melihat telatah anaknya yang begitu manja dengan Mingyu. Bukan main rapat lagi. Tidur nak sama- sama, makan nak disuapkan. Semuanya Mingyu.

"Sayang.. Ambillah ni anak awak. Saya penat ni." Young Hee terus mendapatkan tubuh Miyoung. Tahu- tahu sahaja daddy dia dah balik kerja. Terus dipeluk kaki panjang daddy nya.

"Rindu sangat dekat awak." Ujar Young Hee.

Miyoung meronta- ronta ingin dilepaskan. Wajahnya dicebik memandang si daddy yang baru pulang dari kerja.

"Baby, daddy mandi dulu ya sayang. Lepastu kita sambung main." Mingyu mengusap kepala anaknya sayang. Dicium sekilas pipi tembam anaknya.

Miyoung sudah meronta kecil ingin diturunkan.

"Errrr... dy..." Tangisannya terlepas.

Mingyu dan Young Hee pandang antara satu sama lain. Young Hee mengemas pelukannya kerana Miyoung bergelut ingin dilepaskan.

"Awak pegang kejap lah Gyu. Redakan nangis dia tu dulu. Saya buat susu." Mingyu mengangguk. Dibawa tubuh Miyoung kedalam dakapannya. Terus diam tangisan si kecil.

Young Hee terus bergegas kedapur membuatkan susu untuk anaknya. Dia kembali kehadapan dengan botol susu Miyoung ditangan.

"Nah." Dihulurkan botol susu kepada Mingyu. Mingyu mencapai lalu disusukan anaknya. Tangan sebelahnya ligat menepuk punggung anaknya menidurkan.

Young Hee tersengih kecil. Dia menghela nafas lega apabila Miyoung sudah mula terlena.

"Manja sangat dengan daddy dia." Perli Young Hee. Tilam Miyoung dibentangkan diatas lantai. Terus tubuh anaknya dibaringkan dengan berhati- hati oleh Mingyu.

"Anak daddy kan. Lepasni kita cuba pula try anak mummy." Tertoleh terus kepala Young Hee melihat suaminya. Bukan dia tidak faham masuk tersirat suaminya.

"Mengada. Dah pergi mandi. Saya siapkan makan malam sekejap lagi." Mingyu mengangguk. Terus dia berlalu naik ketingkat atas.


Kita try habiskan juga scptnya😚
Esok nak update cerita baru pulk💕

[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU) Where stories live. Discover now