8🔔

3.2K 479 12
                                    

Dua hari telah berlalu. Seul dapat tahu yang nenek kim dan datuk kim telah mengambil anak angkat. Diberi nama Kim Shin tetapi bila bercakap kalah orang dewasa. Kadang-kadang geram Seul dibuatnya. Umur baru sahaja 10 tahun pandai melawan cakapnya.

"Nuna!!! Seul nuna!!!"

Pintu bilik diketuknya kuat. Seul tak peduli dan dia malas untuk bangun pagi waktu itu. Shin mula membuka pintu seul dan kepalanya terkeluar sedikit. Dia tersenyum jahat. Dia fikirkan sesuatu untuk mengenakan seul.

Dia mula berlari ke arah dapur dan mengambil satu gelas berisi air.

"Shin bawa air tu untuk siapa?" tegur nenek kim.

"Nuna lah! nuna haus!" tanpa membuang masa kaki kecil itu berlari dengan pantas menuju ke arah bilik Seul. Dia masuk perlahan dan dengan pelan kakinya menghampiri katil seul.

"Nuna... bangun lah" dia mengerakkan tubuh Seul dengan perlahan.

"Jangan ganggu aku lah Shin!! pergi lah!" halau seul. Dia paling pantang orang menganggu tidurnya.

"Apa kata Shin mandi kan nuna pagi nak?"

"Apa?" Seul masih lagi mamai.

Terus Shin menuang air kosong itu tepat-tepat ke atas muka Seul sampai Seul terkejut dan terbatuk.

"HAHAHAHA"

"Yah!!! Kau budak?!!!"

Shin tersengih dan menayangkan giginya yang tak bersalah itu.

"Kau dah kenapa budak?!!!"

Naik turun dada seul Seul marah. Mahu sahaja dia membaling Shin ke luar tingkap. Shin hanya menjelirkan lidahnya lalu lari kan diri.

"Best tak shin mandikan nuna pagi-pagi ni hahaha"

"Yah!!" Seul geram lalu membaling bantal tetapi tidak terkena.

"Budak ni?! aish!! pagi-pagi buat aku naik angin!! bila lah aku nak hidup dengan aman dalam rumah aku sendiri!!" rambutnya yang basah itu dilap pakai tuali. Tanpa membuang masa dia masuk ke dalam bilik mandi.

Nenek kim mendengar pergaduhan antara Shin dengan seul pagi ini hanya mampu mengeleng kepala. Apa nak jadi jadi lah dia pun tak peduli.

          _________________________

Seul yang duduk di luar pelik melihat shin sedang mencari sesuatu. Dia mula bangun dan menghampiri Shin. Dia menepuk bahu budak itu.

"Cari apa?"

"Taehyung hyung" balas Shin dan dahi Seul
berkerut.

"Taehyung hyung? siapa? asal kau cari dalam semak ni?" Shin mengeluh.

"Taetae lah nuna. Kucing yang nama taetae. Tu lah Taehyung hyung! dah tiga hari dia tak balik. Shin risau lah" Shin mula duduk kerana kepenatan.

"Taetae?"

Seul berfikir dengan mendalam. Dia seperti tahu nama tersebut tetapi dia lupa.

"Meow! Meow!"

"Taetae hyung!!" Shin berlari ke arah kucing itu tersebut. Seul mula bangun dan matanya membesar. Dia mula ingat akan kucing tersebut.

"Taetae.."

Taehyung mula mengalihkan pandangannya. Dia amat mengenali suara itu. Dia terkejut apabila melihat Seul akhirnya sudah balik setelah sekian lama telah pergi. Dia rindu akan Seul.

Kucing itu mula berlari pantas ke arah Seul lalu melompat ke arah Seul. Dengan pantas seul menyambutnya dan memeluknya erat.

"Meow! Meow!"

Taehyung menjilat pipi dan hidung Seul dengan mesra. Seul geli dan ketawa kecil. Dia mengusap lembut bulu Taehyung.

"Saya pun rindukan awak taetae ah"

Dia mencium geram kucing tersebut. Nampaknya taetae membesar dengan baik dan makin comel. Tapi Seul tak sedar masalah besar yang bakal dia hadapi selepas ini.

          ________________________

Taehyung akan muncul lepas ni and get ready ahaks hehe🌚💜

Jangan lupa vote tau! fighting💜

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now