29🔔

2.5K 388 11
                                    

"Nuna termenung apa tu?"

Tegur Shin lalu duduk di tepi Seul yang mengelamun jauh. Seul ketawa kecil lalu mengusap rambut Shin dengan lembut.

"Cuma rindu harabeoji dengan halmeoni. Apa lah mereka berdua tengah buat sekarang ni" ujarnya teringat datuk kim dengan nenek kim di rumah.

"Mungkin dah tidur sebab sekarang dah tengah malam nuna"

Seul mengangguk setuju.

"Shin kau rasa kita selamat ke dekat sini sebelum kita pergi esok pagi" tanya Seul risau. Takut Taehyung menemui mereka berdua pula di sini.

"Tapi sampai sekarang taehyung hyung tak dapat cari kita lagi kan. Nuna jangan risau! awal pagi esok kita gerak" ujarnya yakin.

"Setahu aku lah lusa pertabalan Taehyung sebagai raja kan?"

"Ya nuna! semua orang tengah bersemangat cantikkan rumah, ibu kota dan lain-lain sebab nanti hyung akan jalan-jalan dekat sini diiringi pengawal istana sebab tu adat bila raja baru diumumkan" terang Shin baru Seul faham dengan lebih mendalam.

"Lepas pertabalan tu tae ada beritahu dekat aku yang dia nak jadikan aku sebagai permaisuri dia dalam masa terdekat" Mendengarkan hal itu membuatkan Shin terkejut.

"Biar betul nuna?!!!"

"Iya aku tak tipu lah! dia sendiri yang beritahu"

"Lagi cepat kita berambus lagi selamat" kata Shin dan Seul ketawa besar.

"Dah-dah pergi tidur sana. Esok awal kena bangun"

Shin mengangguk lalu pergi tidur.

           _________________________

Awal-awal pagi Seul sudah pun bersiap. Dia mula mengemas katilnya dan katil Shin. Shin pula berada di bawah menolong datuk Lim menyiapkan sarapan buat mereka berdua.

Tiba-tiba Seul menghidu bau asap yang mula memasuki biliknya.

"Bau apa ni!!!"

Dia mula mengambil tuala kecil lalu menutup hidungnya.

"Shin!!!" jeritnya kuat. Melihat tiada balasan daripada Shin membuatkan Seul ingin melihat keadaan di bawah. Dia mula turun ke bawah. Terkejut dia melihat kepulan asap memenuhi ruangan rumah datuk Lim. Matanya mula pedih dan matanya dikecilkan.

"Shin!!"

Seul mula batuk dan mencari keberadaan Shin dengan datuk Lim.

"Nuna!! lari!!"

Jerit Shin dan tubuhnya diangkat oleh seseorang. Seul tidak dapat melihat dengan jelas. Dia mula tidak tahan dengan asap tersebut. Dia mula rebah.

"Nuna!!"

"Shin..."

Sebut Seul perlahan dalam keadaan lemah. Makin lama figura Shin menghilang. Tiba-tiba seseorang mendekatinya lalu mengangkatnya dengan gaya pengantin.

Seul melihat wajahnya.

"Jin?"

Jin tersenyum sinis lalu membawanya keluar dari rumah itu. Seul mula jatuh pengsan selepas itu.

             _______________________

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now