"Kita ada dekat mana ni Jungkook?"
Jungkook tersenyum kecil lalu membuka pagar rumah itu. Shin dengan Seul kagum melihat struktur rumah kayu moden yang cantik itu. Rumah itu jauh tersorok di dalam hutan.
"Omma appa!!!"
"Jungkook!!"
Wanita yang kelihatan berumur itu Seul pasti itu adalah Puan Jeon. Wajah Jungkook lebih menyerupai ayahnya Tuan Jeon. Jungkook memeluk ibunya dengan erat.
"Semua orang dah berkumpul dekat sini sayang. Keluarga Bangtan semua selamat dekat sini"
"Gomawo Omma"
Puan Jeon melihat ke arah Seul dan Shin lalu dia mendekati mereka berdua. Dia mula menunduk sopan kepada Seul. Terkejut Seul dibuatnya.
"Aunty kenapa?"
"Kamu bakal permaisuri memang adat semua orang kena hormat kamu sayang"
Seul hanya tersengih kecil. Nampaknya semua orang tahu berita mengenainya dengan Taehyung.
"Tak mengapa Aunty. Aunty boleh layan saya macam Jungkook" Pinta Seul lembut. Puan Jeon mula melihat ke arah Shin.
"Selamat sejahtera Puan! Saya Kim Shin! pembantu kepada Kim Seul"
"Comelnya" Dia mencubit geram wajah tembam Shin.
"Mari lah masuk! Aunty tahu kamu berdua penat"
Tiba-tiba sahaja hati Seul berasa sakit. Dia mula memegang dadanya. Jungkook melihat hal itu lalu berlari ke arahnya.
"Seul kau okay tak ni?!!"
Rantai Garnet yang dihadiahkan daripada Taehyung kepadanya mula bersinar kehijauan.
"Seul!!"
"Sakit!!" Tak terkata kesakitannya. Dia memegang dadanya dengan erat.
"Ada sesuatu yang dah berlaku pada Taehyung" Ujar Tuan Jeon dan mereka semua mula buntu. Tak lama kemudian Seul mula jatuh pengsan. Segera Jungkook menangkapnya.
"Taehyung..."
Mereka tahu ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Taehyung.
_________________________
Jin mula turun daripada kudanya begitu juga dengan Taehyung. Taehyung pula tidak membawa apa-apa senjata bersamanya kerana Jin mendesaknya menyuruh mengikutinya.
"Hyung kita buat apa dekat sini?"
Jin hanya berdiam berdiri. Kening Taehyung terangkat.
"Hyung!"
"Kau percaya kan aku tak Taehyung?" Soalan Jin itu membuatkan Taehyung mula ketawa.
"Hyung mengarut apa ni?"
"Jawab pertanyaan saya Tuanku"
"Hyung! mesti lah Tae percaya dekat hyung! Tapi tak perlu lah panggil Tae dengan gelaran macam tu"
Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi menjerit datang dari arah istana. Taehyung dapat mendengar jelas jeritan semua orang daripada jauh.
"Hyung kita kena balik istana cepat?!! ada sesuatu yang berlaku!"
"TAK!"
"Hyung dah kenapa ni?!!"
Jin mula mengeluarkan pedangnya lalu mendekati Taehyung. Tepat-tepat dia menghunuskan pedang itu ke arah dada Taehyung.
"Hyung..."
"Kalau aku cakap aku khianati kau malam ni? kau masih percayakan aku lagi ke?"
Dari renungan tajam Jin. Taehyung tahu Jin tidak bergurau dengannya.
"Malam ni aku, Namjoon dengan appa aku akan lakukan pemberontakan perebutan kuasa daripada kau Taehyung" Ujarnya dan Taehyung hanya tersenyum nipis.
"Kenapa hyung tak buat daripada awal? sedangkan Hyung boleh rebut taktha ini daripada Tae dahulu"
Membesar mata Jin mendengar hal itu.
"Kau tahu? tapi kena--"
"Aku tahu hyung tak sanggup khianati kami semua"
"DIAM!!" Jeritnya kuat.
Tanpa membuang masa Jin menikam perutnya dan mata Taehyung terbuka luas. Jin menarik pedang itu keluar dengan kasar. Taehyung mula jatuh melutut. Tangannya mengeletar melihat darah yang membuak-buak keluar.
Jin mula menjatuhkan pedangnya. Taehyung mula batuk darah. Air matanya mengalir sakit.
Jin mula menangis.
"Mianhae Taehyung aku terpaksa! Mian!"
"Hyung..."
Taehyung mula jatuh terbaring. Jin mengutip pedangnya lalu menaiki kudanya semula dan meninggalkan Taehyung di situ. Batu Garnet di dahi Taehyung mula bersinar dan lama kelamaan batu itu mula bertukar kehitaman.
"Seul..."
Sebutnya pelan dan dengan perlahan mata Taehyung mula tertutup rapat.
___________________________
Apa dah yang jadi hiks?
Maybe Fanfic ni akan habis dalam 10 chapter lagi.
Tengok lah dulu macam mana.
Jangan lupa vote tau! fighting💛
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...