38🔔

2.2K 343 32
                                    

"Hyung nak bawa kitorang dekat mana? Jungkook mana?" Tanya Jimin. Dia mula penat setelah berjalan jauh. Hari pun makin gelap.

"Namjoon kau asal diam jer ni?" Tegur Yoongi lalu berhenti. Serentak mereka semua bersama 50 orang pengawal berhenti. Yoongi mula rasa pelik tiba-tiba sahaja Namjoon membawa mereka semua keluar jauh daripada istana.

Hoseok pula teringat akan kata-kata Seul. Dia mengeleng kepalanya pelan. Dia tidak mahu percaya. Mereka bertiga sedang menunggu arahan daripada Namjoon.

Tiba-tiba Namjoon mengangkat tangannya lalu membuat isyarat kepada pengawal. Belum sampai sesaat pun mereka bertiga dikepung oleh 50 orang pengawal istana. Mereka bertiga terkejut lalu memandang ke arah Namjoon.

"Hyung!! Apa yang hyung buat ni?!!" Jerit Jimin lalu dia mengeluarkan pedang miliknya. Yoongi mula peka dengan keadaan sekelilingnya. Dia turut bersedia untuk melawan.

"Betul lah Seul cakap yang kau dengan Jin hyung akan memberontak malam ni?!!!"

"Mwo?!!" Jimin dengan Yoongi mendengar hal itu tidak percaya.

Namjoon mula ketawa sinis.

"Sampai hati Hyung khianati kami semua!! Kami semua percaya akan Hyung!"

"Mianhae sebab aku buat macam ni. Guard! Tangkap mereka bertiga sekarang!"

Maka jadilah pertarungan mereka bertiga dengan 50 orang pengawal. Manakala Jungkook pula baru sedar daripada pengsannya. Dia mula bangun dan kedua dua tangannya diikat daripada belakang.

"Ada sesiapa tak dekat luar!!!!" Jeritnya kuat tetapi tiada seorang pun yang menjawab. Jungkook mula menendang pintu kayu itu dengan kuat. Dengan 3 kali percubaan akhirnya pintu itu tercabut.

"Tak guna!"

Lokasi tempat dia dikurung tidak jauh daripada istana. Lekas dia berlari menuju ke istana. Dia perlu memberitahu semua orang. Sebaik sampai Jungkook melihat depan istana kosong. Dia terserempak dengan Seul dan Shin.

"Jungkook!"

Segera ikatan dibuka oleh Seul. Jungkook mencampak tali itu kasar ke bawah.

"Mana semua orang?"

"Taehyung ada dengan Jin. Yang lain dengan Namjoon. Apa yang aku tahu pemberontakan akan berlaku malam ni. Jadi aku perlu bawa Shin keluar daripada istana sebelum kami berdua kena tangkap. Aku sendiri tak tahu Taehyung ada dekat mana"

Jungkook mula memejam matanya kesal. Dia meraup rambutnya kebelakang dengan kasar. Dia perlu membuat sesuatu. Dia tahu ahli bangtan lain akan kena tangkap. Dia sendiri tidak mampu berlawan dengan semua orang.

"Aku akan bawa kau dengan Shin ke tempat yang selamat. Bila masa yang sesuai kita datang istana semula selamatkan Taehyung"

"Baik lah Jungkook, aku rasa selamat bila kau ada dengan kitorang sekali"

Jungkook mengangguk faham lalu bertiga keluar daripada Istana dengan segera demi keselamatan mereka juga.

__________________________

Done triple update💛

Sebelum itu meh jemput tengok new fanfiction fantasy romance of JK💛

Sebelum itu meh jemput tengok new fanfiction fantasy romance of JK💛

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Jangan lupa vote tau! fighting💛

Jangan lupa vote tau! fighting💛

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now