Yoongi mengajak bangtan untuk berbincang mengenai Namjoon dan juga Jin. Malahan mereka semua diam dan tidak bersuara sekali pun. Jungkook pula tidak seperti dahulu. Ceria dan sering kali bercerita dengan mereka semua.
Yoongi tahu Jungkook sakit di dalam. Jungkook ialah antara ahli bangtan paling rapat dengan Jin sejak dia kecil lagi. Yoongi melihat perkara itu. Dia mengeluh panjang.
"Korang!"
Serentak mereka semua memandang ke arah Yoongi.
"Semua aku dah uruskan. Pengawal semua cukup sebab kita akan guna pengawal aku, Jungkook dan juga Hoseok. 3 Kerajaan akan serang Garnet Kingdom esok awal pagi. Aku nak semua bagi kerjasama. Tangkap Jin, Namjoon dengan ayah mereka berdua yang paling penting"
"Lepas tangkap kita nak buat apa hyung?"
Tanya Hoseok kepada Yoongi."Tak tahu lagi hobi"
"Mereka berdua dah khianati kita semua kan? buat apa simpan lagi? baik bunuh lagi senang dengan orang tua tu sekali"
Mata mereka semua membesar apabila mendengar kata-kata kasar itu keluar daripada mulut Jungkook.
"Jungkook!!!"
"Mwo? Kook cakap benda betul kan?" Balasnya dingin kepada Jimin. Jimin mengeluh kecil. Nampaknya Jungkook betul-betul dah berubah.
"Esok kita tengok dulu macam mana. Serang dan pastikan Garnet Kingdom jatuh dekat tangan aku semula" Ujar Taehyung lalu bangun dan meninggalkan bilik itu.
Mereka semua mengangguk dan pergi selepas itu. Taehyung pula mencari Seul di merata tempat. Dia perlukan gadis itu untuk menenangkan dirinya.
Melihat Seul berada di taman. Lekas dia mendekati Seul dan memeluknya tubuh Seul dari belakang.
"Tae? kenapa ni?"
Taehyung mengeleng kecil. Seul tahu ada yang tak kena dengan Taehyung.
"Boleh beritahu saya kalau awak nak kongsi sesuatu?"
"Esok, awak kan tahu yang kita akan serang Garnet Kingdom"
Seul mengangguk kecil.
"Tapi awak takut sebab Jin dengan Namjoon ada kan?" Teka Seul membuatkan Taehyung diam.
"Saya rasa mereka berdua ada sebab tertentu Taehyung. Kalau tak dah lama mereka berdua tikam belakang awak? kenapa baru sekarang mereka berdua bertindak sedangkan selamani mereka berdua tahu awak putera yang hilang tu"
Mendengar hal itu membuatkan Taehyung mula berfikir. Ada betulnya apa yang Seul cuba sampaikan. Mungkin mereka semua tak sedar selama ini.
___________________
"Appa kita berdua dah buat perjanjian kan? Mana Kim Hyera?!! aku tak boleh tunggu lama lagi!! aku dah buat apa yang appa suruh!" Jin mula menaikkan suaranya. Dia tidak mampu bersabar lagi. Dia tidak boleh hormat dengan orang tua ini lagi.
Tuan Kim mula ketawa sinis. Dia menyuruh orang suruhannya pergi. Jin dengan Namjoon menunggu dengan sabar. Mendengar pintu terbuka. Kelihatan seorang gadis berumur 14 tahun itu mula masuk bersama orang suruhan Tuan Kim.
"Oppa!!!"
"Hyera!"
Jawab mereka berdua serentak. Kim Hyera ialah adik kandung kepada Jin dan juga Namjoon. Mereka berdua mempunyai adik kandung perempuan yang tidak diketahui oleh Bangtan sekali pun.
Mereka berdua terpaksa mengkhianati Bangtan kerana ingin melindungi Hyera satu satunya adik yang mereka berdua sayangi. Tuan Kim mengugut akan mencederakan Hyera sekiranya mereka berdua tidak ingin membantu dalam misinya.
Jin sendiri pernah melihat betapa teruk ayahnya memukul Hyera dahulu ketika Hyera kecil. Dia sampai mengalami trauma dan tidak mahu Hyera terkena lagi sekali lagi kerana dia sendiri pernah merasai bagaimana didera oleh Tuan Kim sendiri. Namjoon juga sama.
"Dah keluar dari bilik aku!"
"Baiklah Tuanku" Ujar mereka bertiga serentak.
"Mulai sekarang Hyera akan tinggal dengan Oppa okay?" Jin mengelus rambut Hyera dengan lembut. Hyera mengangguk pantas lalu memeluk kedua dua abangnya itu.
"Sekarang Bangtan macam mana pula Hyung?"
Jin mengeluh kecil. Orang suruhan ayahnya ada di mana-mana memerhati mereka berdua dengan ketat. Dia mula berbisik sesuatu kepada Namjoon.
"Baiklah"
___________________
Namjin hiks🥺💛
Jangan lupa vote tau! fighting💛
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfiction"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...