Seul menanyai semua orang tetapi tiada seorang pun yang tahu Taehyung berada di mana. Puas dia mencari Taehyung di merata tempat. Ahli Bangtan juga tidak diketemui. Dia mula buntu.
"Seul kau okay tak ni?"
Mendengar suara Hoseok terus Seul berlari ke arahnya.
"Taehyung mana!"
"Cuba bawa bersabar! kau kenapa ni?"
"Jebal beritahu cepat Taehyung ada dekat mana?" rayunya kelihatan terdesak.
"Taehyung baru jer ikut Jin tadi pergi satu tempat. Aku pun tak tahu"
"Mwo?!!!!"
"Kenapa?"
"Jin dengan Namjoon akan lakukan pemberontakan malam ni Hoseok!!!! nyawa Taehyung dalam bahaya!!"
Hoseok ketawa kecil. Dia tidak percaya dengan apa yang Seul memberitahunya sebentar tadi.
"Boleh tak jangan buat lawak Seul? tak lawak langsung" Nadanya bertukar serius.
"Aku tak tipu! Jungkook dikurung sebab dia dapat tahu! Kau ada nampak Jungkook tak hari ni?"
Hoseok mengeleng pelan.
"Sepatutnya kau ada dengan Namjoon?! kenapa kau ada dekat sini?!!"
"Aku nampak kau lari-lari macam cari sesuatu Seul jadi aku risau sebab tulah aku ikut. Tadi Namjoon ajak kami semua ikut dia ke satu tempat" Ujarnya.
"See? kau tengok apa yang berlaku?!! Aku tak tipu Hoseok! Mereka berdua keturunan Kim Jang Hwi yang memegang Batu Permata Citrine ranges. Ayah mereka yang mulakan dulu pemberontakan waktu Taehyung masih kecil dulu! Aku tak tipu Hoseok! Mereka semua dah rancang benda ni dari dulu lagi!" Terang Seul dan dia cuba menyakinkan Hoseok.
"Tak Seul! Aku kenal Jin hyung dengan Namjoon dah lama! dari kecil lagi! Mereka takkan sanggup buat macam tu!" Susah dia ingin percaya apa yang keluar daripada mulut Seul sedangkan dari kecil lagi mereka bertujuh sudah berkawan baik.
Boleh dikatakan sepanjang hidupnya dia bersama dengan ahli Bangtan sehingga hari ini. Jadi semua itu mustahil. Tak mungkin Namjoon dengan Jin akan mengkhianati mereka semua.
"Hoseok! kali ini sahaja percaya lah cakap aku"
"Tak Seul! Aku dah lambat sekarang! Nanti Namjoon cari aku"
"Hoseok!"
Segera Hoseok meninggalkannya. Dia tidak mahu berfikir buruk mengenai Jin dengan Namjoon. Dia pasti Seul salah dengar ataupun menipu terhadap dirinya. Dia yakin Jin dengan Namjoon tidak akan berbuat begitu.
"Nuna?"
"Shin berkemas sekarang! Kita perlu pergi dari sini segera!" Seul menarik tangan Shin menuju ke biliknya. Tidak kira apa yang terjadi dia dengan Shin perlu keluar daripada istana ini sebelum pemberontakan itu berlaku.
__________________________
Jangan lupa vote tau! fighting💛
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...