Nenek kim melihat gerak geri Seul agak mencurigakan. Dia pasti budak kecil itu menyembunyikan sesuatu daripadanya. Belum sempat seul naik. Dia di panggil.
"Kim Seul! sini kejap"
Terkejut tubuh kecil itu. Dia memastikan anak kucing itu tersembunyi di dalam baju sejuknya yang agak tebal.
"Kamu sembunyikan apa dalam tu?"
"emmm" dia mula tak tentu arah lalu tersengih. Tiba-tiba anak kucing itu mula mengiau.
"Meow!"
Membesar mata nenek kim melihat apa yang dibawa oleh Seul masuk ke dalam rumah.
"Letak semula anak kucing tu dekat luar Seul" arahnya. Seul mengeleng pantas. Dia tidak mahu.
"Ala halmeoni! boleh lah nanti seul akan jaga taetae baik-baik hurm?" pujuk Seul cuba mendapatkan persetujuan daripada nenek kim. Nenek kim mula melihat anak kucing tersebut.
Anak kucing itu datang ke arahnya lalu mengesel manja di kakinya.
"Biar lah Seul jaga si taetae tu. Sekurang kurangnya cucu kita tu tak lah bosan sangat nanti. Bukan dia boleh main luar pun waktu musim sejuk-sejuk macam ni" ujar datuk kim. Seul mengangguk pantas.
"Baiklah! pastikan jangan buat sepah dalam rumah faham?" Seul mengangguk laju bersama sengihan lebar. "Jom taetae!!" dengan ceria gadis kecil itu mengangkat lembut badan anak kucing itu dan mula naik ke atas menuju ke biliknya.
"Ni bilik seul dan bilik taetae juga! taetae akan teman seul tidur sini" katanya dan Taehyung melihat bilik Seul.
"Meow.."
Dia menjilat jari Seul dengan lembut. Seul ketawa kecil dan dia tahu anak kucing itu menyukainya. Seul mula naik ke atas katilnya. Taehyung yang berada di bawah menunggu seul memanggilnya.
"Meow.."
Seul baru sahaja perasan. Dia mula menepuk katilnya. "Mari! lompat sini!" Taehyung mula melompat ke atas katilnya. Seul mula baring dan membawa Taehyung ke sisinya. Seul mengusap lembut kepala anak kucing itu dengan lembut.
"Mesti sebelum ni taetae kesejukan di luar kan?"
"Meow.."
Seul suka bila soalannya dijawab seolah olah anak kucing faham apa yang dikatakan olehnya.
"Saya janji akan jaga taetae lepas ni baik-baik. Taetae tak payah risau semua benda biar seul jaga" Taehyung mula menghimpit dirinya dengan seul. Dia menjilat kecil pipi Seul.
Seul ketawa kecil. Tanpa dia sedar dia mula mengantuk. Tangannya mula berhenti mengusap Taehyung. Dia menguap besar.
"Goodnight taetae.."
"Meow..."
Seul mula tidur dengan nyenyak. Melihat peluang yang ada Taehyung mula berubah bentuknya kepada yang asal. Lama dia memerhati wajah Seul ketika tidur. Dia lega akhirnya Seul menjaganya. Tiada lah dia kesejukan dan kelaparan di luar. Dia bersyukur sangat berjumpa dengan gadis kecil ini.
Dia tahu mereka berdua mungkin sebaya. Dia mula menghadiahkan satu ciuman sekilas di pipi tembam Seul lalu tersenyum manis.
"Gumawo sebab sudi jaga saya dan ambil saya kim seul"
Taehyung mula berubah bentuk menjadi anak kucing semula takut Seul terjaga. Taehyung berasa syukur dengan adanya tempat tinggal. Dia berasa selamat dan rasa disayangi. Dia juga akan memastikan dia sentiasa rapat dengan Seul. Dia janji akan melindungi Seul.
_____________________
Aaw sawiitnya. Kecik2 dah sawiit ehe😂❤️.
Jamgan lupa vote tau! fighting! thx support fanfic bru❤️.
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fiksi Penggemar"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...