43🔔

2.4K 372 23
                                    

Pagi itu Taehyung tiba di tempat persembunyian Jungkook. Tanpa membuang masa dia ingin berjumpa dengan Seul segera. Dia dapat tahu keadaan Seul masih lagi lemah kerananya. Dia mula masuk ke dalam biliknya dan dia melihat Seul masih lagi tidur.

Dia mula duduk di atas katil. Wajah Seul dielus lembut lalu dahinya dikucup lembut. Lama dia menatap Seul. Dia rindu semuanya pasal gadis itu. Merasa tidurnya diganggu. Perlahan lahan mata Seul terbuka.

Dia melihat Taehyung di depan matanya. Matanya terkebil kebil. Taehyung hanya merenungnya tanpa mengeluarkan suara.

 Taehyung hanya merenungnya tanpa mengeluarkan suara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Good Morning my love"

Dengar sahaja suara dalam itu automatik Seul bangun secara mengejut.

"Taehyung!!"

Seul mula memeluknya secara mengejut. Taehyung terkejut pada mulanya akhirnya dia membalas pelukan itu dengan erat.

"Awak pergi mana?! saya risau!"

"Mianhae" Belakang Seul diusap lembut. Tanpa sengaja tangan Seul terkena perut Taehyung yang terluka itu.

"Argh!"

Seul mula menyelak baju tshirt Taehyung. Membesar matanya melihat luka itu. Dia memandang Taehyung dengan mata yang mula berair.

"Sayang.."

Taehyung cuba memujuknya dengan lembut.

"Kenapa awak sanggup datang sini dengan keadaan awak yang tak sembuh lagi Taehyung?!"

"Sayang.."

Taehyung mengesat air mata Seul yang tidak berhenti menangis daripada tadi. Seul mula rasa bersalah.

"Sebab saya kan?"

"Tak sayang. Saya datang sini sebab saya rindukan awak satu and lagipun tempat ni selamat untuk saya juga" Kedua dua tangan Seul diraih lalu digenggamnya. Dia tersenyum lebar.

"Seul.."

Seul melihat Taehyung mula menunduk sambil mengusap lembut tangannya. Boleh lihat wajahnya kelihatan sedih.

"Kenapa Tae?"

"Sekarang kan awak tengah pakai rantai Garnet yang saya bagi"

Seul mengangguk kecil. Sebenarnya dia tahu apa yang Taehyung fikirkan.

"Awak nak ambil balik kan?"

"Ya tapi kalau saya ambil saya kena le--"

"Lepaskan saya daripada ikatan awak?" Potong Seul sebelum Taehyung menghabiskan kata-katanya. Taehyung hanya diam. Seul menarik nafasnya.

"Kalau macam tu lepaskan saya"

Mata Taehyung membesar lalu memandang tepat ke arah Seul. Seul dapat rasa tangan Taehyung mengeletar sambil memegang erat tangannya.

"Tae.."

"Jadi awak tak pernah cintakan saya selamani? awak tak pernah cuba cintakan saya langsung?"

"Tak Tae saya buat macam ni de--"

Terus Taehyung memotong percakapan Seul. Dia tidak mahu mendengar penerangannya takut hatinya makin sakit.

"Baik lah saya ikut apa yang awak nak. Saya akan buat apa sahaja demi kebahagiaan awak sayang. Saya akan buat" Taehyung cuba menahan tangisannya. Hatinya cukup sakit. Dia perlu menerima hakikat bahawa Seul tidak mencintainya seperti dirinya.

Dia mula bangun lalu mencium bibir mungil Seul seketika. Seul hanya membiarkannya.

"Tae..."

"Berehat lah dulu"

Seul melihat dengan jelas air mata Taehyung mengalir sedikit di pipinya. Tanpa membuang masa Taehyung keluar dari bilik itu.

"Taehyung saya minta awak lepaskan saya bukan saya tak cintakan awak tapi demi kebaikan awak juga. Mianhae"

Rantai Garnet itu dipegang erat.

_______________________

Cinta itu sakit hiks

Jangan lupa vote tau! fighting💚

Jangan lupa vote tau! fighting💚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now