Seul sampai di hadapan pintu bilik Taehyung. Dengan perlahan dia mengetuk pintu bilik tersebut.
"Taehyung ni saya Seul"
"Masuk lah"
Seul mengeluh kecil. Urusan apa Taehyung mahu berjumpa dengannya pagi ini. Sebaik sahaja dia membuka pintu tersebut. Terpampang tubuh badan Taehyung yang tegap tanpa mengenakan baju tetapi hanya memakai seluar slack bewarna hitam sahaja.
Seul menjerit kecil lalu menutup matanya.
"Aish!! lain kali bila dah pakai baju siap-siap baru suruh saya masuk!"
Wajahnya mula memerah. Tipu lah dia tidak tergoda dengan tubuh tegap Taehyung yang menjadi kegilaan para wanita itu. Dengan perlahan tubuhnya berpusing ingin mencapai tombol pintu tersebut ingin keluar.
Taehyung hanya ketawa kecil. Segera dia mendekati seul dan meraih lembut lengannya. Hati Seul mula berdebar sebaik sahaja kedudukan mereka berdua rapat. Taehyung hanya tersenyum kecil. Jarinya mengusap lembut wajah Seul.
"Saya nak awak pilih baju untuk saya pakai hari ini boleh?"
"Takkan baju pun awak tak boleh pilih?" Kening Seul diangkat dan Taehyung mengeleng manja.
"Tae awak kan dah besar so ---"
"Seul awak kan bakal jadi isteri saya so awak kena biasakan diri awak"
Sebaik sahaja Taehyung berkata sebegitu mulut Seul terdiam terus. Seul mula rasa tidak puas hati.
"Apa? saya cakap benda betul"
Seul mula mendekati almari milik Taehyung. Seul boleh nampak Taehyung mempunyai banyak koleksi kemeja berlainan material dan warna. Dia mula mengeluarkan satu kemeja yang tergantung lalu menyerahkannya pada Taehyung.
"Pakaikan untuk saya"
"Mwo?!!"
Taehyung mula bangun lalu menbuat isyarat mata dengan Seul. Seul hanya mengikut dan dalam hati dia menyumpah seranah terhadap Taehyung. Melihat wajah Seul sedang cuba menahan marah membuatkan Taehyung ketawa kecil. Begitu comel.
Seul mula membutangkan satu persatu butang baju Taehyung.
"Kalau boleh setiap hari saya nak macam ni. Bila awak dah mula jadi isteri saya nanti. Awak kena letak semua perhatian awak pada saya. Sebab saya perlukan awak setiap masa kecuali masa bekerja saya"
"Tak adil! saya perlukan masa untuk saya sendiri!"
"Tak adil kalau awak sendiri belum boleh terima saya Seul"
Seul mula menundukkan kepalanya. Apa yang Taehyung katakan tadi sememangnya betul. Dia belum cuba membuka hatinya pada Taehyung. Taehyung mula duduk di atas katil. Pinggang Seul ditarik lembut supaya berdiri di hadapannya.
"Jadi saya nak luangkan masa dengan awak berdua. Supaya awak kenal saya macam mana dengan lebih mendalam. Awak sendiri kena bagi saya kerjasama Seul. Cuba buka hati awak untuk saya boleh?"
"Baiklah saya cuba"
Seul tersenyum kecil.
"Tapi awak kena pentingkan rakyat awak dulu. Tanggapan dunia dekat awak kena baik Taehyung. Saya risau" Jujur Seul takut. Menjadi raja bukan lah tugas yang remeh. Ianya amat penting.
"Yang itu awak tak perlu risau. Bangtan ada tolong saya nanti"
"Awak percayakan bangtan 100 peratus?"
Taehyung mengangguk kecil.
"Saya bukan tak nak awak percayakan mereka semua. Cuma saya nak awak hati-hati sikit. Kita tak tahu salah seorang daripada kawan awak tu. Depan baik tetapi belakang jahat Taehyung"
"Seul..."
"Saya cuma nak awak berhati-hati salah ke?"
Akhirnya Taehyung mengangguk. Malas mahu bergaduh dengan Seul nanti.
Taehyung meraih tangan Seul lalu meletakkan tangan Seul menyentuh sisi wajahnya. Taehyung memejam matanya lembut merasakan sentuhan Seul mengena wajahnya. Seul mula mengerakkan jarinya mengusap wajah Taehyung. Automatik Taehyung mengukirkan senyuman lebarnya.
Dia mencium lembut tangan Seul lalu membuka matanya.
"So in love with you Kim Seul"
__________________________
Jangan lupa vote tau! fighting💛
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...