46🔔

2.3K 331 18
                                    

Hari yang dinanti nantikan untuk mereka berlima menyerang kerajaaan Garnet. Terlebih dahulu Yoongi bersama Hoseok mengosongkan kawasan penduduk Garnet pada tengah malam yang tinggal berdekatan istana supaya mereka semua tidak terbunuh.

Ramai penduduk Garnet berpihak kepada Kim Taehyung membuatkan Taehyung lega. Dia akan pastikan mereka semua akan dilindungi pada masa mereka semua menyerang. Bangtan lengkap memakai baju perisai di tubuh mereka semua. Masing-masing tidak bersuara ketika bersiap.

Jungkook menjadi orang depan sekali untuk menyerang dan mengarahkan mereka semua kerana dia adalah pahlawan paling terhandal diantara mereka semua. Taehyung percaya akan itu dan memberi kepercayaan sepenuhnya pada Jungkook.

Jimin melihat mereka semua tidak sama seperti dahulu. Sejak Namjoon bersama Seokjin mengkhianati mereka semua telah memberi kesan yang besar pada bangtan. Seperti sekarang seorang pun tidak memberi kata-kata semangat. Jimin rindu akan mereka yang dahulu.

"Aku yakin misi kita akan berjaya"

Jimin mula bersuara dan yang lain mendengar tetapi tidak membalasnya.

"Aku harap hubungan kita semua akan jadi lebih baik selepas ni Bangtan"

Tiba-tiba Jungkook menghentak kuat pedangnya di atas lantai. Serentak mereka semua memandangnya.

"Jungkook?"

Tanpa membuang masa Jungkook memasukkan pedangnya semula dan bergerak sendiri meninggalkan bilik itu.

Yang lain mengeluh kecil.

"Tepat pukul 8 pagi aku nak semua berkumpul dekat luar. Jadi korang semua ada masa lagi. Aku tunggu dekat luar" Ujar Yoongi lalu mereka semua mengangguk.

Mengambil kesempatan itu Taehyung ingin pergi berjumpa dengan Seul dahulu sebelum dia pergi. Taehyung membuka pintu bilik Seul dengan perlahan takut Seul masih lagi tidur.

"Taehyung? awak buat apa dekat sini?"

Melihat akan diri Taehyung lengkap berpakaian. Seul tahu Taehyung akan pergi tidak lama lagi. Jujurnya dia risau kalau ada perkara buruk berlaku terhadap lelaki itu nanti.

Tubuh Seul dipeluk erat begitu. Seul tersenyum nipis. Dia berharap Taehyung pulang membawa kejayaan buat mereka semua.

"Taehyung saya risau. Awak akan baik-baik kan? hmm?"

Taehyung mengangguk kecil. Bibir Seul dicium lembut dan kedua dua tangannya dikucup lembut. Taehyung tersenyum lebar.

"Tunggu saya"

"Baik lah saya tunggu"

__________________

Dia dapat rasakan lehernya mengena sesuatu yang tajam lalu matanya terbuka luas.

"Orang tua! kau bangun sekarang sebelum aku bunuh kau" Keras nada Yoongi bersuara. Tuan Kim iaitu ayah kepada Jin dengan Namjoon mula bangun perlahan lahan. Kedua dua tangannya diangkat. Yoongi ketawa sinis.

"Aku nak kau menyerah kalah! semua orang suruhan kau berjaya kami tumpaskan! jalan cepat!"

"b-baiklah"

Tanpa dia sedar. Bangtan menyerang kerajaan itu dengan keadaan semua yang sedang tidur. Pengawal yang berjaga di hadapan berjaya ditumpaskan.

Namjoon dengan Jin masih lagi berlawan dengan orang-orang Bangtan. Mereka berdua terpaksa kerana lagi sekali Hyera berada di dalam genggaman ayah mereka berdua.

"Jin! Namjoon! selamatkan aku!!!"

Jerit Tuan Kim. Serentak mereka berdua memandangkan kearahnya.

"Baik korang dua menyerah kalah sebelum aku bunuh appa kesayangan korang berdua ni"

Namjoon dengan Jin tidak kisah akan hal itu. Mereka berdua akan hanya risau akan Hyera seorang sahaja.

Tuan Kim membuat isyarat mata dengan mereka berdua. Namjoon bersama dengan Jin tetap meneruskan perjuangan mereka berdua untuk berlawan.

"Degil! Jimin! Jungkook!"

Jimin bertarung pedang dengan Namjoon. Dalam sekelip mata pehanya terkena dengan hirisan pedang menbuatkan dia mengerang kesakitan. Terlepas pedang itu yang berada ditangannya.

Manakala Jin tumpas di tangan Jungkook. Jin jatuh melutut dan mengangkat tangannya tanda menyerah kalah. Jungkook menghala pedangnya ke arah leher Jin. Jin menelan air liurnya.

"Jangan buat kerja bodoh Jungkook!!" Jerit Yoongi dari jauh. Dia takut Jungkook akan membunuh Jin.

"Jungkook!!"

Bangtan semua hendak mendekati Jungkook untuk menghalang perbuatannya.

"Jangan datang dekat! kalau tak aku bunuh lelaki ini" Pedang itu ditekan sedikit di leher Jin. Darah mula mengalir. Jin memandang ke arah Jungkook.

"Jungkook kau dah gila ke?!!" Hoseok menjerit. Walaupun dia terluka kerana perbuatan Jin khianati mereka semua. Jujurnya dia masih lagi sayang dengan persahabatan mereka berdua.

Mereka semua risau.

Jungkook mula merenung tajam ke arah Jin.

"Kook..."

____________________

OMG! saat mendebarkan berlaku hikssss

Jangan lupa vote tau! fighting!

Jangan lupa vote tau! fighting!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now