Seminggu telah berlalu akhirnya semua beransur ansur pulih setelah peristiwa hitam itu. Kerajaan Garnet dibina semula sedikit demi sedikit. Semua orang masih lagi dalam tempoh pemulihan. Dark Stone akhirnya lenyap buat selama lamanya.
Seul membuka matanya. Tubuh badannya seakan rasa lemah. Dia mula bangun.Dia berada di dalam bilik tidur tidak diketahuinya langsung. Dia mula turun daripada katil. Kakinya mula mengeleta kerana ingin turun dan keadaanya begitu lemah sekali.
Dengan kekuatan yang masih ada dia mula berjalan dengan langkah yang perlahan. Pintu dibuka oleh Taehyung.
"Tae.."
"Seul!!"
Melihat Seul ingin jatuh dengan segera Taehyung menangkap tubuh Seul yang masih lemah itu. Dia mula mengangkat Seul ke arah katil semula.
"Tae kenapa dengan saya?"
Taehyung hanya memeluknya erat. Seul melihat perkara itu mula mengusap belakang Taehyung.
"Awak okay?"
Seul menanya dengan lembut. Taehyung tersenyum kecil. Rambut panjang Seul dielus lembut.
"Awak tak sedarkan diri dah sampai seminggu Seul. Semua orang risaukan awak"
"Patut lah saya rasa lemah dan tak berdaya"
"Awak nak apa-apa tak?" Soal Taehyung.
"Saya lapar"
Taehyung mula ketawa kecil.
"Bawa saya turun. Saya nak tengok keadaan semua orang"
Taehyung mula mengangkatnya dengan gaya pengantin. Mereka berdua mula turun ke bawah. Seul melihat semua orang sedang berkumpul makan di bawah.
"SEUL!!!"
"Jangan datang dekat! Seul akan ikut makan sekali" Taehyung cuba memberi amaran lalu mereka semua akur kecuali ibu Taehyung sahaja yang dapat memeluk Seul dengan erat.
Taehyung mula mengambil makanan kegemaran Seul.
"Jemput makan ya semua. Hari ini Jin ada tolong saya masak sekali" Ujar Puan Kim. Jin tersenyum bangga. Mata Hyera bersinar melihat pelbagai jenis makanan yang dihidangkan di atas meja.
"Hyera boleh rasa semua makanan dekat sini jangan risau" Kata Jungkook lalu mengusap rambut pendek Hyera atas bahu itu. Hyera mengangguk laju. Sementara mereka semua sedang makan. Hoseok perasaan Jimin disebelahnya diam. Selalunya dia yang paling bising sekali.
"Jimin asal kau diam?"
Jimin menoleh ke arah Hoseok.
"Kau menangis Jeman?!!!"
"Mana ada!!"
Semua orang menoleh ke arah Jimin yang mengesat air matanya banyak kali. Namjoon menepuk bahu Jimin beberapa kali.
"Kenapa ni Jimin?"
"Tak a-aku happy tengok semua orang macam ni" Air matanya mula mengalir laju. Jin mula ketawa besar. Tangisan Jimin daripada tadi tidak berhenti.
"Jangan nangis lah kau tahu tak muka kau buruk?" Tegur Yoongi.
Yoongi melihat mata semua orang membesar apabila melihat ke arahnya.
"Apa?"
"Hyung adakah itu air mata kegembiraan ke?"
"hah?"
Yoongi mula menyentuh wajahnya. Panik dia kerana baru sedar dia pun ikut menangis sekali tanpa sedar.
"aku tak nangis lah sebab aku potong bawang tadi"
"Kau jangan nak menipu aku! kau potong bawang tadi 20 minit yang lalu takkan kau masih nangis" kata Jin lalu semua orang ketawa.
"Ya aku ngaku aku nangis! ala aku pun manusia gak! nampak luar jer beku dalam aku cair gak!"
"Alolo ciannya Yoongi hyung"
Jimin bersama Jungkook pergi mendekatinya.
"Jangan datang dekat dengan aku lah!"
Jimin dengan Jungkook memeluknya serentak. Suga dihimpit antara mereka berdua.
"Yahhh"
Semua orang melihat perkara itu hanya ketawa bersama sama. Seul lega keadaan menjadi seperti biasa semula"
___________________
"Tae awak dah boleh balik ke bilik awak. Saya dah okay. Sekarang dah lewat malam" kata Seul dan menyuruh Taehyung pergi.
"Tak nak!"
"Tae!"
"Awak nak saya nyanyikan satu lagu ke untuk awak?"
"Tak payah mengada. Baik awak pergi berehat. Seharian ni awak penat jaga saya"
"Tak mana ada"
Taehyung mula duduk di atas katil lalu mendekatinya. Posisi mereka berdua amat rapat. Taehyung merenung ke arah bibirnya.
"I miss your lips"
Bibir Seul dicium lembut dengan penuh rasa cinta yang mendalam. Ciuman itu hanya sekejap untuk memuaskan hasrat rindu yang mendalam. Seul hanya tersenyum lebar.
"Saya akan kahwin dengan awak secepat yang mungkin. Dah berapa lama perkahwinan kita berdua kena tangguh"
"Tak boleh ke perkahwinan tu diteruskan pada bulan depan?"
"Tak boleh sebab lama sangat"
"Mana ada! itu sekejap lah!"
Seul memukul bahu Taehyung dengan kuat. Geram dia dibuatnya.
"Tak mengapa nanti saya beritahu ibu awak. Wedding kita berdua akan dibuat tahun depan kalau awak degil sangat"
"MWO?! Seul!! jangan buat saya macam ni!"
"Dengar sini Tae, keadaan sekarang ni semuanya baru nak pulih. Takkan lah awak nak kahwin juga buat masa sekarang. Ianya amat tak sesuai" Terang Seul. Taehyung mengeluh kecil.
"Baik lah saya akan ikut cakap awak"
"Jangan risau awak takkan kehilangan saya lagipun saya cintakan awak"
Seul mengucup sekilas wajah Taehyung. Taehyung tersenyum lebar. Hatinya berbunga. Seul berjaya memikat hatinya kali ini dan Taehyung tewas dengan pujukan Seul.
"Kim Taehyung! pergi masuk bilik sekarang!"
"Omma!!"
"Pergi sekarang sebelum omma tarik telinga kamu keluar dari sini"
"Baik lah"
"Biar omma temankan Seul malam ni. Kamu lepas kahwin nanti boleh"
Taehyung mencebik. Dia mengikuti kata kata ibunya. Seul melihat perkara itu lalu ketawa besar. Bukan mudah Taehyung hendak membuat perkara yang diingininya sekarang kerana ibunya . Ibu Taehyung memang terbaik. Seul amat menyukainya.
________________________
Ending makin hampir hoho
Jangan lupa vote tau! fighting💛
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfiction"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...