21🔔

2.9K 477 37
                                    

"Dekat sini tertulis bahawa seorang lelaki yang bernama Kim Hansung telah menemui batu garnet tersebut pada tahun 14 masihi. Ahli sejarah mengatakan batu itu ditemui di dalam gua semasa Kim Hansung sedang berehat. Semasa di dalam gua cahaya tersebut datang dari dalam gua menyebabkan kim Hansung masuk lalu menemui batu berkuasa tersebut"

"Tetapi batu itu bukan lah batu biasa-biasa. Ianya batu garnet bewarna hijau memiliki satu kuasa yang kuat mampu menakluk dunia ini jika disalah guna. Semasa dia menyentuh batu garnet tersebut. Secara mutlak kuasa garnet tersebut berpindah kepadanya serta keturunan akan lahir kelak nanti"

"Lepastu?" dari jauh Chungha menjerit ingin Somi sambung untuk membaca kisah seterusnya.

"Dengan kuasa yang ada dia mula membuat kerajaan sendiri dan dikenali sebagai Garnet Kingdom. Perluasan kuasanya amat besar sehingga ramai orang sanggup menjadi penduduknya dan bekerjasama dengannya. Keluarga kim amatlah berkuasa sehingga abad ke 50 masihi"

"Setiap keturunan keluarga kim akan lahirnya seorang anak yang layak mewarisi takhta seterusnya. Buktinya dapat dilihat pada dahi bayi tersebut yang mempunyai batu garnet hijau. Jika adik beradiknya yang lain tiada batu tersebut di dahi mereka maksudnya dia tidak layak mewarisi takhta King Garnet" tambah somi.

"Cuba korang tengok gambar-gambar ni. Lagi-lagi dekat dahi mereka semua. Ada sejenis batu bewarna hijau terletak di dahi mereka semua! keturunan garnet ada 5 kesemuanya pewaris wanita daripada 20 pewaris lelaki" tunjuk chungha.

"Kim Chae min"

"Kim So young"

"Kim jihae"

"Kim we jin"

"Kim seulmin"

"Aku tak sangka ada juga wanita jadi raja?!'

Seul melihat satu persatu gambar kelima lima pewaris sebelum ini. Garnet yang berada di dahi mereka semua sama seperti Taehyung. Buatkan dia ingin tahu lagi.

"Walaupun kuasa mereka begitu hebat. Tetapi ramai pihak musuh ingin musnahkan kerajaan garnet. Satu cara mereka boleh dapatkan batu garnet tersebut iaitu membunuh waris seterusnya. Jika waris tersebut meninggal dan secara teori batu itu akan bertukar kepada tuan yang baru. Tetapi keturunan kim masih kuat sehingga sekarang memperkukuhkan legasi mereka semua"

"Walaupun legasi mereka tetap diteruskan sehingga hari ini tetapi ada satu pemberontakan berlaku pada 8 Tahun lepas sehingga semua tempat ataupun kampung garnet diubah kepada nama yang lain untuk mengelak sesuatu yang buruk bakal terjadi. Istana mulai ditutup dan penduduk kampung dilarang sama sekali memasuki ruang istana ataupun mendekatinya" ujar Somi.

"Takkan lah dia tiada beritahu atas sebab apa yang berlaku. Mana keluarga garnet sekarang ke?" tanya Chungha.

"Sabar lah aku tengah cari ni!!" Somi mula membaca dengan laju dan dia cuba mencari maklumat yang penting. Mata dia membesar.

"Sini!" bergegas Chungha dengan Seul berlari menghampirinya.

"Malangnya raja garnet dibunuh dan disebabkan itu berlakunya pemberontakan. Sehingga hari ini punca pemberontakan tidak diketahui tetapi ramai yang yakin dalang pemberontakan berpunca di dalam keluarga itu sendiri yang melibatkan saudara mara yang haus akan ketamakan dan ingin merebut takhta King Garnet"

"Keluarga kim masih lagi mempunyai batu garnet tersebut walaupun raja dibunuh. Raja masih mempunyai seorang anak lelaki iaitu warisnya dan isteri yang masih hilang sehingga hari ini kerana melarikan diri daripada musuh pada malam pemberontakan. Pencarian tetap dilakukan tetapi mengambil masa yang agak lama sehingga pihak atasan menyuruh operasi ini berhenti. Ahli sejarah yakin bahawa Putera Garnet masih hidup lagi sehingga hari ini" ujar Somi lalu memandang ke arah mereka berdua.

"Putera garnet mesti tengah bersembunyi aku yakin sangat" teka Chungha dan dia bersimpati dengan apa yang terjadi dekat keluarga diraja kim.

Tiba-tiba Somi menunding ke arah sesuatu. Serentak mereka berdua menoleh. Terdapat satu gambar keluarga garnet yang besar digantung dengan cantik. Seul kaku melihat anak lelaki kecil yang berdiri di tengah-tengah yang sedang tersenyum lebar.

Dia kenal sekali senyuman petak tersebut.

Somi dengan Chungha mula mendekati gambar itu untuk melihat dengan lebih jelas.

"Raja Garnet Kim Taejong, permaisuri garnet Kim solji dan satu satunya putera mereka berdua ialah Kim Taehyung waris seterusnya untuk takhta King Garnet" baca Chungha satu persatu.

"Taehyung..."

Seul menengkup mulutnya kerana terkejut. Dia mula terduduk lemah di situ. Gelang pemberian Taehyung dipandang olehnya.

______________________

Penat memikirkan story line yang penuh dengan fantasy ini😂

Hopes semua dapat masuk dan faham dalam dunia fanfic Fantasy saya ya😂🤘

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now