(Final) 51🔔

3K 356 43
                                    

10 Tahun Kemudian..

Kini kerajaan garnet adalan satu kerajaan yang makmur dan kuat. Semua rakyat garnet amat menyukai pemerintahan yang sekarang dan mereka sering dilawati oleh Raja Kim Taehyung dan Permaisuri Kim Seul sepanjang mereka berdua memerintah.

Semua orang hidup dalam keadaan aman dan damai. Namjoon, Jin dengan Hyera telah membuat keputusan akan berkhidmat sepenuhnya pada Taehyung sendiri. Kebanyakan urusan istana diuruskan oleh Namjoon dan juga Jin.

Bahagian pertahanan pula diurus oleh Suga dengan Hoseok. Urusan hal duit dan yang lain melibatkan istana diserahkan sepenuhnya pada Jimin.

Knight Garnet yang ditubuhkan pada 10 tahun lepas oleh Taehyung sendiri diserahkan pada Jungkook untuk melatih ramai lagi kesatria lelaki dengan wanita untuk membuat persediaan bagi menghadapi pihak musuh pada masa yang akan datang. Jungkook adalah ketua kesatria Garnet.

Sepanjang 10 tahun itu Taehyung dengan Seul dikurniakan sepasang anak kembar berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan diberi nama Kim Taeyong dan Kim Seola yang sudah menginjak umur 8 tahun.

"Taeyong! Seola! kenapa ni sayang?"

Seul melihat anak kembarnya itu bergaduh ketika dia baru sahaja selesai menguruskan sesuatu hal dalam istana. Sebaik sahaja sampai di taman mereka berdua menjerit ke arah satu sama lain.

"Taeyong oppa! ambil patung mainan seola! omma!!"

Dia mengadu lalu menunding ke arah Taeyong. Taeyong menunduk ke bawah dan Seul melihat anak patung kesayangan Seola di tangan Taeyong.

"Taeyong kenapa ambil mainan adik kamu hmm?"

"Tae cuma nak ajak dia main dengan Tae! tapi Seol tak nak tulah Tae ambil mainan dia tadi!"

Dia mencebik lalu menghentakkan kakinya. Seul mengeluh kecil. Dia menarik perlahan kedua dua tangan anak kembarnya itu.

"Nanti appa balik mesti dia kecewa tengok kamu berdua macam ni? nak tak?"

Serentak kembar itu mengeleng pelan.

" Jadi peluk antara satu sama lain and says sorry to each other"

Kembar itu mengangguk faham lalu mengikuti apa yang disuruh oleh Seul.

"Macam ni lah anak appa!!"

Serentak mereka bertiga menoleh ke belakang.

Serentak mereka bertiga menoleh ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Appa!!!"

Mereka berdua berlari ke arah Taehyung lalu memeluknya. Wajah kembar tersebut dicium oleh Taehyung satu persatu. 2 minggu Taehyung berada di luar kerana ada urusan kerja perlu diuruskan olehnya. Hari natal makin tiba jadi dia ingin meluangkan masa bersama dengan keluarganya.

"Sayang"

Taehyung ingin mencium Seul di bibirnya tetapi Seul dengan pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir Taehyung. Mata Taehyung terkebil kebil.

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now