2🔔

3.5K 510 11
                                    

Damyang-gun Village

Gadis kecil itu berlari jauh bersama sengihan lebar di bibirnya. Dia berasa seronok apabila akhirnya dia dapat keluar bersama datuk dengan neneknya setelah lama terperuk di dalam rumah kerana sekarang korea dilanda musim sejuk.

Nenek kim bersama datuk kim bersama sama sedang mencari kayu-kayu untuk kegunaan mereka bertiga untuk musim sejuk ini.

Nenek kim melihat Seul berlari ke sana sini. Takut cucunya itu masuk ke dalam hutan lebat itu. Bermacam macam dia dengar dari pihak penduduk kampung itu agar tidak masuk ke dalam hutan itu. Bahaya dan kawasan itu adalah larangan buat mereka semua.

"Seul jangan main jauh-jauh sangat!!" jerit nenek kim. Seul menoleh ke arah mereka berdua lalu mengangguk.

"Baik lah halmeoni!!" jawabnya. Dia terus membina patung salji seorang diri. Tiba-tiba dia mendengar satu bunyi datang dari arah hutan lebat itu.

"Meow!"

Dia mula tertarik akan bunyi tersebut. Sempat dia melirik ke arah nenek kim dan datuk kim memastikan mereka berdua sibuk. Dia mula mengambil langkah pantas mendekati kawasan hutan lebat itu sedikit demi sedikit.

Satu makhluk mula keluar dari semak samun tersebut. Rupanya ialah seekor anak kucing yang comel mula muncul sambil mengiau comel. Mata Seul mula bersinar. Dia mula rasa teruja lalu menghampirinya.

"Anak kucing?"

Seul mula mengangkat anak kucing itu lalu mengusapnya. Anak kucing itu suka dengan usapannya. Seul ketawa kecil. Lagi kuat anak kucing itu mengiau manja. Tandanya dia menyukai seul.

"Meow.."

Tiba-tiba seul tetarik dengan satu cahaya hijau yang terletak di dahi kucing itu. Dia mula menyentuh benda hijau tersebut. Dia berasa pelik. Tak pernah dia menjumpai spesies kucing sebegini. Kucing ini unik tekanya.

"Apa yang dekat dahi awak ni? Cantik lah! Saya suka warna hijau" pujinya sambil menyentuh benda itu perlahan. Lagipun warna kegemarannya ialah warna hijau.

Dalam masa sekejap benda hijau itu hilang. Seul tidak mengambil kisah. Nampaknya anak kucing itu suka dengan reaksinya.

"Meow!"

Kolar di leher anak kucing itu dilihat oleh seul. Tertera nama taehyung di situ. Tetapi dia ingin mengubahnya dengan nama manja sedikit.

"Mulai sekarang saya tuan awak taetae!" ujarnya ceria lalu mengusap lembut anak kucing itu lalu membawanya pulang ke rumah. Anak kucing itu mula suka bersama dengannya. Akhirnya dia berjumpa dengan orang yang sanggup menjaganya.

         ________________________

So macam mana? okay tak setakat ini?

Saya harap sangat fanfic ni boleh success  macam fanfic2 yang saya buat sebelum ni.

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now