Seul menyelak satu persatu helaian buku The Kingdoms Of Gems. Dia sedaya upaya mencari maklumat mengetahui lebih lanjut mengenai lima batu permata yang utama ataupun permata Citrine ranges.
Dia perlu tahu dengan mendalam mengenai keturunan Kim Jang hwi. Dia mula teringat semula lawatan ke muzium waktu dia sekolah dahulu. Dia ingat dengan jelas waris pertama permata Garnet ialah Kim Hansung.
Dengan pantas dia membuka helaian mengenai Kim Hansung memandangkan maklumat mengenai Kim Jang hwi tidak terlalu banyak. Dia mula membaca dengan teliti satu persatu latar belakang Kim Hansung iaitu moyang kepada Taehyung.
Pencapaian Kim Hansung juga diceritakan di dalam buku ini. Dia mula membaca sampai maklumat keluarga Kim Hansung diceritakan satu persatu.
"Dan diantara semua sepupu-sepupu yang Kim Hansung ada hanya Kim Jang Hwi seorang yang tidak disukai olehnya atas sebab-sebab tertentu"
Seul terkejut dia tidak mampu berkata apa-apa selepas itu. Semua orang tidak perasan mengenai fakta tersebut. Dia mula panik dan dia tahu ada seseorang yang menyamar menjadi baik di dalam istana ini.
"Seul!"
Dengan cepat Seul menutup buku tersebut apabila Jungkook datang mendekatinya. Dia tersengih kecil. Jungkook mula duduk di hadapan Seul lalu melihat tajuk buku yang dibaca oleh Seul.
"Patut lah cari kau tak jumpa rupanya kau sibuk baca buku kuno ni Seul?"
"Biar lah aku baca nanti kan aku kena jadi isteri Taehyung kau lupa ke?"
"Oh My Queen Garnet!"
Jungkook menundukkan kepalanya untuk menunjukkan tanda hormat lalu ketawa kecil diikuti oleh Seul sekali.
"Kook boleh aku tanya sesuatu tak?"
Jungkook mengangguk kecil.
"Kau, Jimin, Hoseok dengan Yoongi bukan terdiri di dalam keluarga Garnet kan?"
"Ya kenapa?"
"Jadi Jin dengan Namjoon adalah sebahagian daripada keluarga Garnet bukan?"
Jungkook mengangguk lagi sekali.
"Boleh aku tahu apa hubungan keluarga antara Jin dengan Namjoon pada Taehyung?" tanya Seul ingin tahu.
"Jin dengan Namjoon hyung sepupu jauh Taehyung kenapa?" soalnya semula.
"Selain mereka berdua ada lagi tak sepupu Taehyung yang lain?"
"Tiada lagi Seul. Ramai yang mati disebabkan pemberontakan yang berlaku dulu. Yang ada pun hidup dan masih setia dengan keluarga Taehyung pun seorang jelah iaitu ayah Jin dengan Namjoon hyung" Terang Jungkook.
"Kira ada dua orang lah ni yang masih ada kaitan dengan keluarga Taehyung?"
"Tak hanya seorang lah Seul" Dahi Seul berkerut dan dia tidak faham.
"Kau nak kata Namjoon dengan Jin tu adik beradik ke hah?"
"Memang betul pun adik beradik kenapa?"
"MWO?!!"
Jungkook ketawa besar melihat muka Seul terkejut sebegitu rupa.
"Macam ni Namjoon dengan Jin hyung sama ayah tapi ibu lain-lain. Kiranya Jin hyung lah lahir dulu lepastu ibu Jin hyung meninggal. Jadi ayah Jin kahwin lah dengan ibu Namjoon sama juga ibu Namjoon meninggal disebabkan insiden pemberontakan besar besaran tu" Terang Jungkook satu persatu.
Seul mengeluh panjang. Dia dah agak ada sesuatu yang tak kena. Dia memandang ke arah Jungkook semula.
"Dapat cari tak siapa yang khianati keluarga Taehyung dulu?"
"Setahu kook mungkin dia dah meninggal. Tapi pemberontakan tu dah lama dah jadi jangan risau"
Seul tersenyum nipis. Dia perlu berhati hati dengan Namjoon dan Jin mulai sekarang. Dia perlu siasat lagi mengenai mereka berdua. Bila sudah pasti dia perlu memberitahu pada Taehyung dengan segera.
___________________________
Jangan lupa vote tau! fighting💛
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfiction"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...