Dengan keadaan Hoseok yang cedera parah membuatkan Yoongi dengan Jimin mula menyerah kalah. Mereka berdua mula mengangkat tangan tanda menyerah diri memastikan Hoseok selamat.
Namjoon mengarahkan pengawal membawa mereka bertiga ke tempat kurungan.
"Mulai sekarang aku anggap kau musuh Namjoon. Persahabatan kita lebih daripada 20 tahun tu musnah! Aku akan pastikan kau terima semula apa yang kau buat!" Dingin nada Yoongi bersuara.
"Kau bunuh salah seorang daripada kami berlima aku tak teragak-agak bunuh kau dengan Jin dengan cara yang kejam. Ingat apa yang aku cakap Namjoon. Kau kenal aku macam mana" Renungan Tajam Yoongi membuatkan Namjoon mengalih pandangannya ke tempat lain.
Jimin tahu Yoongi amat kecewa dengan Nanjoon dan Jin. Dia amat mempercayai mereka berdua sepenuh mati. 20 Tahun lebig persahabatan mereka semua musnah begitu sahaja. Jimin benci perkara itu.
"Hyung jebal rawat lah keadaan Hoseok sampai pulih" Pinta Jimin. Namjoon hanya mengangguk tanpa menjawab. Hoseok dibawa ke tempat lain.
"Kau buat semua ini sebab nak jadi Raja ke?"
Tegur Yoongi sebelum Namjoon pergi.
"Bukan aku"
"Jin hyung?" Teka Jimin.
Namjoon mengeleng pelan.
"Appa kau kan? aku dah agak!"
"Hyung..."
Jimin tahu ayah Namjoon dengan Jin bukan lah baik yang disangkakan. Mereka berdua sejak kecil selalu dipukul dan dihina. Semua bangtan tahu perkara itu. Hampir setiap hari badan mereka berdua mempunyai kesan lebam sana sini.
Keluarga Jimin selalu merawat mereka berdua. Kadang-kadang Jin dengan Namjoon selalu bermalam di rumahnya.
"So kau ikut orang tua yang kejam tu?!"
Namjoon diam tidak bersuara.
"Jawab pertanyaan aku Kim Namjoon!! kau dah besar! kau sendiri boleh lawan ayah kau!! Pengecut! sanggup kau khianati kami semua yang selamani dah tolong kau! Kau sanggup pilih orang tua yang durjana tu daripada kitorang!"
Jimin cuba menahan Yoongi daripada meluru ke arah Namjoon.
"Baik Hyung pergi! Aku tak nak tengok muka hyung"
Tanpa memandang ke arah mereka berdua Namjoon terus pergi meninggalkan tempat kurungan itu.
"Hyung aku risau dengan Taehyung"
Yoongi mengeluh kecil. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi pada Taehyung. Jungkook pula hilang dan mereka berdua tidak tahu apa yang barlaku kepadanya. Dia berharap mereka berdua selamat. Begitu juga Seul dengan Shin.
__________________________
Jangan lupa vote tau! fighting💚
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Фанфик"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...