27🔔

2.9K 441 26
                                    

"Kenapa lama sangat budak tu makan?"

Salah seorang daripada pengawal itu mahu membuka pintu tetapi tidak dapat.

"Bilik ni dia kunci!!!"

"Kim Shin! buka pintu sekarang!!"

Tiada sebarang sahutan. Sudah 15 minit berlalu masih lagi tiada balasan.

Tanpa membuang masa mereka berdua merempuh pintu itu dengan kuat. Membesar mata mereka berdua melihat bilik itu kosong dengan tingkap yang dibuka dengan luas. Segera dia berlari dan melihat ke bawah.

"Beritahu yang lain! Kim Shin berjaya melarikan diri!!"

Segera dia melaporkan kepada semua pengawal istana untuk mencari Shin di dalam kawasan istana.

Satu jeritan pekerja wanita didengari di dalam istana tersebut. Mereka terkejut melihat salah satu seorang pekerja pengsan di dalam bilik dalam keadaan yang tidak berbaju.

"Laporkan kepada Putera Taehyung ada orang asing dah mencerobohi memasuki di dalam kawasan istana. Geledah semua tempat dan tangkap sahaja orang-orang mencurigai. Takut-takut dia menyamar sebagai salah seorang daripada pekerja sini!" arah ketua pengawal.

"Baik tuan!!"

         _________________________

Taehyung bersama bangtan sedang sibuk adakan mesyuarat sesama mereka mengenai pertabalan taehyung tak lama lagi akan berlangsung secara rasmi.

Pertabalan itu amat lah besar dan mewah. Mereka semua ingin buat yang terbaik. Waktu perbincangan itu tiba-tiba pintu diketuk.

"Ya masuk!"

Terkejut mereka bertujuh melihat ketua pengawal yang masuk.

"Maafkan saya kerana menganggu mesyuarat tuanku sekalian tetapi saya ingin memberitahu hal yang mustahak kepada Putera Taehyung"

"Baiklah teruskan"

"Kim shin berjaya melarikan diri tuan dan kami syak ada seseorang yang mencerobohi kawasan istana"

"Mwo!!!"

Taehyung menghentakkan tangannya dengan kuat di atas meja. Susah dia mahu percaya bahawa Shin melarikan diri. Tiba-tiba dia teringatkan Seul. Segera dia bangun dan menuju biliknya. Ahli bangtan mengikutinya dari belakang.

Taehyung menarik nafasnya dan dia berharap Seul berada di situ. Dia mula membuka pintu dan dia terkejut melihat biliknya dalam keadaan berselerak. Dia melihat satu tali yang digunakan oleh Seul untuk melarikan diri.

"Aku tak sangka Seul sanggup buat macam ni?!!" Jungkook tercenggang.

"Macam lah kau tak kenal Seul tu macam mana" balas Yoongi.

Taehyung mula naik angin dan menghempaskan semua barangnya. Yang lain hanya mendiamkan diri. Jarang mereka melihat Taehyung mengamuk seperti itu.

"Ikut aku ke bawah sekarang!"

Mereka semua tidak membantah kata-katanya.

Taehyung mengumpulkan semua pengawalnya dan pekerja-pekerja supaya beratur di hadapannya. Ahli bangtan berdiri memanjang di tepinya.

"TAKKAN SEORANG PUN TAK PERASAN KIM SEUL HILANG!!!" jeritan Taehyung mula bergema di dalam istana itu. Semua orang mula ketakutan dan menundukkan kepala masing-masing. Ahli bangtan hanya mampu melihat dengan rasa kasihan.

"KAMU SEMUA BUAT KERJA KE TIDAK!! NAK AKU BERI HUKUMAN YANG BERAT!!"

"Ampunkan kami tuanku!!"

Mereka semua mula melutut meminta keampunan. Tetapi itu tidak cukup meredakan kemarahannya. Bayangkan 2 tahun dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Belum sampai 2 hari gadis yang dicintainya hilang begitu sahaja.

Tanpa Taehyung sedar batu garnet hijau yang berada di dahinya mula bercahaya memenuhi ruang di dalam istana itu. Iris matanya mula bertukar warna hijau. Serentak itu semua orang menjerit kesakitan dan menutup telinga masing-masing dan ahli bangtan juga terkena sama. Jeritan nyaring mereka semua memenuhi ruang di dalam istana.

"AKU TAK KIRA JUMPA KIM SEUL DENGAN KIM SHIN SAMPAI DAPAT!!"

"FAHAM TUAN!!"

Ada yang pengsan, ada yang menjerit sepuasnya dan Jungkook mula jatuh melutut sambil menutup kedua dua telinganya. Kuasa Taehyung begitu kuat untuk dia bertahan. Mereka semua menjadi mangsa amukannya.

"Cukup Taehyung!!!"

Jerit Jin menyuruh Taehyung berhenti. Dia risau melihat keadaan Jungkook. Yang lain sedaya upaya menahan sakit.

Akhirnya Taehyung mula sedar atas perbuatannya. Semuanya kembali seperti biasa. Jungkook mula jatuh pengsan dan dengan segera Jin menangkapnya.

            _______________________

Jangan lupa vote tau! fighting💜

Jangan lupa vote tau! fighting💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now