"Nuna jangan lah macam ni!! nuna tak boleh sambung pengajian dekat luar negara juga!! tak lama lagi Taehyung hyung balik lah!" Shin memegang tangan Seul lalu merayu.
Seul syak sesuatu pada shin lalu menarik kasar tangan Shin masuk ke dalam biliknya. Dia mula membelek tubuh kecil Shin.
"Nuna dah kenapa ni?"
Dia cuba membuka baju tshirt milik Shin tetapi Shin tidak mahu.
"Buka Shin!"
Shin mula rasa takut lalu membuka tshirt baju miliknya. Seul melihat ada lambang bertatoo green garnet di bahu Shin. Dia tersenyum sinis.
"Rupanya kau orang suruhan Taehyung lah selamani hmm Shin?"
"Shin tak faham lah nuna"
"Cukup dengan lakonan kau Shin. Aku dah tahu lah Taehyung ialah putera Garnet yang hilang 8 tahun lepas! kau siapa sebenarnya?". Seul memegang kedua dua bahu Shin untuk meminta jawapan.
"Shin pembantu istana sebenarnya. Shin memang dah dilahirkan macam ni. Kalau nuna nak tahu shin lagi tua 10 tahun dari nuna. Disebabkan tubuh kecil Shin macam ni senang Taehyung suruh Shin menyamar sebagai budak-budak" beritahunya jujur.
Seul mengeluh panjang lalu bangun.
"Beritahu aku Shin! macam mana nak buka gelang ni?" tunjuk Seul kepada Shin. Mata Shin membesar dan dia tahu gelang itu kegunaanya untuk apa sebenarnya. Dia agak terkejut dengan keputusan Taehyung.
Shin mengeleng kepalanya pelan.
"Aku tahu kau tahu Shin! beritahu aku cepat! kalau tak nyawa halmeoni dengan harabeoji dalam bahaya faham tak ni?! aku takut musuh Taehyung datang sini semata mata nak cari gelang yang Taehyung bagi ni!!!"
"Tu mustahil lah nuna. Gelang tu tak boleh dibuka sesuka hati cuma Taehyung hyung yang berhak buka gelang tu" terang Shin.
"Dia berhak kau kata?! lepastu dia pergi dari sini tinggalkan gelang garnet ni dekat aku maksudnya dia cuba bahayakan nyawa kami bertiga shin! aku tak sangka Taehyung sanggup buat macam tu suruh aku jaga garnet dia ni hah?!! tu kau cakap berhak!! putera apa macam tu!!!! beritahu aku Shin!!" digoncangnya kuat bahu Shin.
"Nuna salah faham dengan hyung"
"Salah faham apa beritahu aku cepat!" tengkingnya kuat. Nasib baik nenek kim dengan datuk kim tiada di dalam rumah.
"Gelang tu khas untuk calon isteri Queen Garnet. Jadi tiada siapa boleh rampas nuna dari hyung. Taehyung hyung dah buat nuna hak jadi milik dia melalui gelang tu" terangnya sedikit demi sedikit.
"MWO?!!!!!!"
Terhinjut bahu Shin dek jeritan kuat Seul didengari di dalam satu rumah. Mata Seul membesar. Dia cuba mencabut gelang itu kuat dari pergelangan tangannya.
"Nuna dah lah tu! tak boleh lah! degil sangat kenapa!!"
"Aku tak nak jadi Queen Garnet shin!! dia siapa nak suruh aku jadi milik dia! aku tak kenal dia sampai setahun pun shin! aku tak nak!!" Seul mula serabut lalu duduk. Dia pening. Dia cuba untuk bersabar.
"Bawa bersabar nuna.. Taehyung hyung ikhlas cintakan nuna"
"Tapi Shin aku tak cintakan dia langsung! apatah lagi suka!"
"Tak salahkan mencuba?" cadang Shin lalu mendapat jelingan tajam dari Seul. Seul mengeluh kecil.
"Aku tak kira! aku dapat rasakan nyawa halmeoni dengan harabeoji dalam bahaya kalau aku duduk sini lama"
"Habistu nuna nak pergi mana?" tanya Shin ingin tahu.
"Sambung belajar dekat luar negara apa lagi. Aku ada dapat tawaran sambung belajar dekat UK shin. Dah lama dah cuma aku belum accept lagi"
"Tapi Taehyung hyung macam mana?"
"Aku tak peduli! dia boleh jer kan cari aku dengan kuasa agung dia tu. Kau Shin ikut aku pergi UK. Minggu depan kita pergi sana!" dia menuding tepat di muka Shin.
"Nuna!!"
"Tolong lah Shin. Jangan tolak ke apa. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak elok akan jadi lepas aku dapat tahu identiti sebenar Taehyung. Lagi-lagi dengan rantai garnet ni dekat tangan aku. Kau tak nak kan nyawa halmeoni dengan harabeoji dalam bahaya" ujar Seul dan Shin mengangguk kecil.
"Jangan risau aku ada jaga kau budak. Ikut jer apa yang aku cakap faham?"
"Baik lah nuna"
Seul tersenyum lebar dan dia berasa puas hati
______________________
Ramai kata nak fanfic ni jadi sesweet blue eyes😂 Boleh aje memang tu yang saya akan buat. Penuh cabaran fanfic ni sama macam blue eyes tapi berbeza lah dari segi storyline. Dont worry tak sama.
Yang SAMA SEBAB DIA TAEHYUNG YANG MENGODA, SWEET TALKER, MANJA, HOTS PLUS COMEL HAHA.
Jangan lupa vote tau! fighting❤️
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...