"Shin kita nak pergi mana ni?"
Seul hanya mengikuti Shin daripada belakang dan sekali sekala dia melihat ramai penduduk kampung yang berjualan. Kampung itu kelihatan agak besar dan penduduk di sini semuanya kelihatan seperti orang kaya.
Seul kagum dengan suasana tersebut. Ramai yang membuka perniagaan sendiri. Segala barang dan makanan yang diperlukan dijual di situ.
"Nuna sini!!"
Lambai Shin lalu Seul menoleh. Dia melihat Shin bersama seorang datuk lalu dia mendekati mereka berdua.
"Selamat sejahtera"
Tegur Seul sopan lalu menunduk kecil.
"Jadi cik lah Kim Seul?"
Seul mengangguk kecik. Datuk itu mencapai tangan Seul dengan lembut.
"Gomawo sebab jaga Shin dengan baik" ucapnya rasa bersyukur.
"Saya dah anggap Shin macam adik saya sendiri harabeoji" senyumnya lebar.
"Kalau nuna nak tahu ni harabeoji Lim. Harabeoji Lim pernah kerja dengan Shin dekat istana tu dulu tapi harabeoji dah bersara dulu" terang Shin.
"Jangan risau saya akan tolong kamu berdua. Baik kita cepat takut pengawal Garnet ada nanti"
Bergegas mereka berdua mengikuti datuk Lim pulang rumahnya.
______________________
"Kook macam mana?" tanya Taehyung risau. Tanpa dia sedar dia telah menyakiti salah satu sahabatnya. Dia sendiri pun tidak pasti bagaimana dirinya hilang kawalan.
"Dia okay cuma dia perlu berehat" ujar Jin dan Taehyung menghela nafas lega bahawa Jungkook dalam keadaan sudah stabil. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan oleh Jin.
"Aku nak cakap dengan kau sesuatu dan tempat ni tak sesuai"
Mereka berdua mula naik ke tingkat atas dan mencari bilik yang sesuai untuk perbincangan yang lebih serius.
"Cakap hyung.. tae tahu tae dah buat salah"
"Bukan salah kau masalahnya salah benda dekat dahi kau tu"
"Tapi Garnet ni memang aku punya sebab aku waris seterusnya hyung dan aku yang kena pandai kawal kuasa dia"
"Kau tahu tak pertabalan kau dalam masa 2 hari lagi tae? rakyat semua tak sabar nak tahu macam mana rupa raja mereka yang bakal memerintah kerajaan ni"
"Tahu"
Taehyung mula penat dan dia tak menyangka Seul sanggup melarikan diri daripadanya.
"Macam ni lah. Malam ni kau perintahkan semua orang pergi berehat. Esok pagi arahkan semua pengawal cari Seul sampai dapat. Aku dengan ahli yang lain akan tolong. Cuma satu sahaja aku minta. Kau kena berehat dan bersedia"
"Tapi hyung.."
"Serahkan pada aku dengan yang lain cari Seul" kata Jin dengan tegas. Akhirnya Taehyung mengalah melihat Jin merenungnya tajam. Tak pasal-pasal dia kena dengar Jin membebel.
"Baiklah hyung"
Taehyung mula keluar dan menuju ke bilik tidurnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu dia mula memandang ke arah katil miliknya yang bersaiz king itu.
Dia mula membayangkan Seul yang sedang tidur dengan lena di atas katilnya. Dia ingat lagi betapa comelnya Seul tidur waktu itu membuatkannya tersenyum kecil.
Perlahan lahan dia mula baring dan mengiring ke arah sisinya. Dia mengambil bantal yang diguna oleh Seul sebelum ini dan mula menghidu bau haruman Seul yang masih belum hilang lagi. Dia berasa tenang seketika apabila membayangkannya.
"Bogoshipoyo Seul"
Dia mula terlelap selepas itu.
_______________________
Jangan lupa vote tau! fighting❤️
TBC..
![](https://img.wattpad.com/cover/172507577-288-k863128.jpg)
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...