Damyang-gun Village
Dalam kereta Seul hanya berdiam diri tanpa mengeluarkan apa-apa suara. Dia lagi suka melihat pemandangan kampungnya dahulu daripada berbual dengan ibu dan ayahnya.
"Seul kamu tahu kan appa sibuk sejak appa dapat tugasan baru"
Tiada balasan daripada Seul. Ayahnya mengeluh.
"Seul omma appa sayang kamu sangat-sangat. Kami pergi sekejap Seul nanti kami akan datang semula ambil kamu hmm?" pujuk ibunya.
Diam.
Mereka berdua tahu Seul masih lagi marahkan mereka berdua. Mereka berdua hanya mampu meneruskan perjalanan.
_______________________
Sebaik sahaja sampai. Seul terus keluar daripada kereta dan mencapai beg bagasinya. Seul melihat nenek kim dan datuk kim tersenyum lebar ke arahnya. Mereka berdua melihat Seul telah pun membesar dengan baik dan cantik.
"Seul ah"
Seul mula menangis apabila nenek kim memanggilnya. Tanpa membuang masa dia memeluk erat tubuh neneknya dan menangis sepuasnya.
"Tak mengapa halmeoni tahu sayang. Mari kita masuk dalam biar harabeoji uruskan" Seul mengangguk kecil. Mereka berdua masuk ke dalam. Manakala ibu bapanya bergegas keluar daripada kereta.
Datuk kim merenung mereka berdua dengan tajam. Dia begitu kecewa. Menyesal dia melepaskan Seul dahulu.
"Harabeoji kami ber--"
"Baik dari dulu kamu berdua tak payah ambil seul. Sekarang kamu berdua sakitkan hati dia" tegur datuk kim dan dia cuba bersabar.
"Tapi harabeoji kami berdua sibuk. Takut tiada siapa yang jaga dia dan tengokkan dia"
Datuk menjeling tak suka. Sakit hati dia melihat cucunya menangis tadi. Dia rasa terluka melihat Seul sendiri tidak bahagia hidup bersama mereka berdua.
"Alasan kamu berdua bosan dah harabeoji dengar! sibuk sibuk sibuk" marahnya lagi.
"Harabeoji kena faham. Kami berdua kerja cari rezeki untuk Seul"
"Dari seul kecil lagi sampai umur dia 18 tahun kamu berdua asyik sibuk kerja. Cari lah rezeki tu sampai kamu berdua mati. Tak faham harabeoji!"
"Harabeo--"
"Pergi! lepasni tak payah dah ambil dia. Biar harabeoji dan halmeoni yang jaga dia" halaunya dan dia tak mahu melihat wajah mereka berdua lagi.
"Harabeoji jangan macam ni. Kami berdua pergi sekejap sahaja. Nanti Seul kami ambil semula" mendengar hal itu membuatkan datuk kim lagi marah.
"Pergi!"
"Harabeoji.."
"Aku kata pergi kan! aku tak nak lagi tengok muka kamu berdua! tak payah datang sini lagi ambil cucu aku! biar aku jaga dia!"
Datuk kim terus masuk ke dalam rumah lalu menghempaskan pintu dengan kuat. Sakit hati dia dengan sikap ibu bapa Seul. Biar lah mereka berdua merayu, menangis ataupun bersujud. Dia tak peduli. Dia sakit hati.
Baik dia melihat keadaan Seul daripada melayani mereka berdua.
_____________________
Jangan lupa vote tau! fighting💜
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...