"Boleh tak beri saya rehat sekejap. Dah 2 jam kita berlatih benda yang sama Encik Kang"
Taehyung mula duduk sambil merehatkan dirinya. Dia tahu esok pertabalannya sebagai raja.
"Putera Taehyung, tuan Jin telah pun sa--"
Tanpa mendengar dengan habis apa yang pembantu peribadinya cuba sampaikan Taehyung terlebih dahulu berlari menuju ke pintu utama. Dia teruja melihat Seul kembali kepadanya semula.
"Seul!"
Dia melihat Jin menghampirinya sambil mengangkat seul. Jin dengan Hoseok menunduk tanda hormat terlebih dahulu di depan Taehyung.
"Kerja yang bagus! bagi Seul dekat aku"
Tubuh Seul mula diangkat oleh Taehyung dengan lembut. Dia mula membawa Seul menuju ke biliknya dan meletakkannya di atas katil miliknya.
"Puan Choi tolong tukarkan baju dia dan cantikkan dia" arah Taehyung.
"Baik lah Putera Taehyung"
"Buat cepat sebab saya malas nak tunggu lama" tambahnya lalu keluar dari biliknya memberi Puan Choi melalukan kerjanya.
Tidak sampai 30 minit Puan Choi telah pun siap mendandan Seul dengan cantik. Taehyung puas hati melihat hasilnya. Seul begitu cantik dengan memakai gaun yang dipilih olehnya iaitu gaun dengan gaya off shoulder bewarna biru cair bercorak bunga ros putih dan panjang dress itu sampai paras lutut Seul sahaja.
Puan Choi diarahkan keluar. Tinggal Taehyung sahaja berada di dalam bilik itu. Dia menghampiri Seul yang masih belum sedarkan diri lagi. Dia mengambil tangan Seul dan mengucupnya sekilas.
"Akhirnya awak kembali semula dekat saya Seul"
Wajah cantik Seul direnungnya lama. Rambut Seul dimainnya lembut. Dia begitu rindu akan gadis itu.
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka seseorang. Taehyung hanya mengabaikannya. Dia hanya fokus terhadap Seul sahaja. Jin mengeleng kepalanya pelan melihat sikap Taehyung sebegitu rupa.
"Taehyung baik kau pergi berlatih. Seul tu tak lari kemana pun jangan risau" tegur Jin. Melihat tiada respon lagi membuatkan Jin mula naik angin. Degil betul bakal raja ni.
"Kim Taehyung!"
Taehyung mencebik lalu menoleh ke arah Jin yang sedang menyilangkan tangannya dengan mata sengaja dibesarkan.
"KAU PERGI BERLATIH SEKARANG JUGA!"
"Tapi hyung..."
"Pertabalan kau esok Kim Taehyung?!! kau gila!! pergi sekarang!" Jerit Jin kuat sambil mencekak pinggangnya seperti gaya ibu memarahinya anaknya menyuruhnya mandi.
"Yelah! kalau Seul lari lagi macam mana?"
"Dia tak lari! aku ada tengokkan dia!"
"Betul ni?" Taehyung meminta kepastian daripada Jin.
"Iya!!"
Taehyung mula mengucup dahi Seul sekilas lalu bangun. Dia menghampiri Jin.
"Jangan sentuh Seul dan jangan buat apa-apa dekat dia. Tae boleh nampak semuanya" ugut Taehyung dengan nada serius.
"Kau ingat aku ni jahat sangat ke? aku jagakan dia untuk kau lah Taehyung tiada makna aku ada perasaan dekat si Seul tu" kata Jin jujur.
"Baik lah hyung! nanti tae datang balik"
Taehyung mula keluar dari biliknya. Jin mengeluh kecil.
"Aku pula yang kena tengokkan kau demi dia Seul"
_______________________
Jemput lah baca dan tengok my new fanfic dengan tajuk Perfectly Perfect + Kim Taehyung! boleh cek di profile saya❤️
Jangan lupa vote tau! fighting❤️
TBC..
![](https://img.wattpad.com/cover/172507577-288-k863128.jpg)
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfiction"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...